Gabungan 15 Biji Kontena Akhirnya Terbinalah The Garage KL Yang Kita Tidak Sangka

Gabungan 15 Biji Kontena Akhirnya Terbinalah The Garage KL Yang Kita Tidak Sangka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Dulu selalu bila lalu tepi2 jalan akan jumpa longgokan kontena yang tidak berguna dan juga jadi sarang tempat penagih. Namun semua panorama ini telah berubah kerana kontena bukan sahaja jadi pejabat kecil di kawasan pembinaan tapi kini menjadi satu tumpuan orang ramai kerana kreativiti yang dihasilkan. 



Tu kali ni Maha nak review salah satu tempat makan menarik di Malaysia ni. Apa menariknya tempat ini?
Itu yang cuba ditampilkan oleh The Garage KL yang terletak di Lot 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview. Yang kini dah menjadi tumpuan orang ramai untuk makan dan cari2 barang terpakai.
Maha setiap bulan balik ke kampung memang lalui kawasan tu tapi tak sangka ia dah jadi satu tumpuan ramai. Betul2 ditepi lebuh raya MRR2 yang padat dengan kenderaan. Kali ini boleh singah kat sini kalau telekat dalam kesesakan.



Maha hari tu kebetulan balik kg dan ada masa terus rasa nak singgah makan malam kat The Garage KL ni nak tengok keunikan dan makan yang ada dalam kawasan ini. Tak sangka besar rupanya kawasan ni bukan sahaja ada kedai makan tapi ada kedai eksesori, kedai bundel, kedai gunting rambut dan macam2 lagi.

Carbonara Beef Bacon (RM 20.00)

Grilled Salmon Fillet (RM 27.00)

Tapi sebab lapar Maha singgah makan malam dengan menikmati beberapa makanan hipster yang unik kat sini. Hari tu Maha sempat cuba beberapa menu sahaja antaranya adalah Grilled Salmon Fillet dan Carbonara Beef Bacon sebab makan berdua. Boleh tahan lah kalau nak makan yang simple2 macam Nasi Lemak pun ada kat sini. Lepas tu nak cuba juga minuman hipster yang melimpah2 ruah kalau tengok sekarang tengah viral.

Dequeen-A Poppy (RM 15.00)

Jar Jar Beans (RM 15.00)

Minuman yang menarik Maha cuba adalah Jar Jar Beans dan juga Dequeena Poppy. Korang tengok sendiri lah lelehan air yang manis dan warna-warni ini. Sapa2 yang tak minat kopi macam Maha ni tak berapa sangat tapi nak cubakan nak tahu macam mana rasa minuman hipster ni ok lah. Satu pembaharuan yang jarang kita dapat di tempat lain.



Bagi Maha nak expect tinggi pada The Garage KL ni mungkin belum lagi, tapi boleh untuk datang bawa teman istimewa makan sekali sekala nak ubah angin. Datang tengok daripada segi kreativiti mereka yang menggunakan barang buangan seperti kontena, juga perabot yang menggunakan tong dram menjadikan ia menarik. Apa pun ia satu usaha yang terbaik bagi menghasilkan tempat makan yang unik dan santai seperti ini.

Waktu operasi : Isnin - Jumaat pukul 4.00 petang - 12.00 tengah malam
                            Sabtu -  Ahad pukul 9.00 pagi - 1.00 pagi






6 comments.. read them below or add one

Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad 18 March, 2016
oo dekat je dgn rumah. isyaAllah boleh gi try
Maha Mahu Maha Mahu 18 March, 2016
Bestnya dekat rumah hari2 leh singgah hehehehe....
Maha Mahu Maha Mahu 21 March, 2016
Tempat menarik kan best gak hehehehe makanan jer...
Mejuez Mejuez 23 March, 2016
Syok tgk perniagaan jenis macam ni.. Suasana unik memang ramai org dtg untuk mencuba makanan di dalam tu.

Maha Mahu Maha Mahu 25 March, 2016
hari2 ramai orang kat sini hehehehe...