Chef Wan Berkongsi Dengan Blogger Tentang Makanan Yang Sihat di BMS Organics

Chef Wan Berkongsi Dengan Blogger Tentang Makanan Yang Sihat di BMS Organics - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali sekala dapat bersembang dengan otai dalam dunia masakan Malaysia memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sapa tak kenal Chef Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan seorang yang cukup luas ilmu masakannya.


Maha bersama beberapa orang rakan2 blogger lain dijemput untuk "Healthy Eating Bloggers Conference" di BMS Organics AEON Bandar Sunway bersama dengan Chef Wan. Dalam acara yang simple dan lebih relax ini Chef Wan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dalam dunia masakan beliau yang berjaya sehingga ke peringkat antrabangsa. Sebagai seorang yang sudah menjangkau usia petengahan 50an masih tetap aktif dan rancak berkerja.



Seronok sebenarnya kami dapat berborak dan juga berkongsi banyak ilmu terutamanya dalam menyediakan masakan yang lebih sihat. Pada hari tu Chef Wan juga berkogsi beberapa tips dalam menyediakan makanan organik yang lebih sihat. Nasihat paling besar yang beliau pesan pada semua blogger dan juga rakan2 sekalian kita jangan kedekut untuk mengeluarkan duit dalam mendapatkan makanan yang sihat dan organik.



Kalau kita dah sakit nanti kita pasti akan keluarkan banyak duit untuk rawatan itu. Jadi lebih baik kita keluarkan duit lebih untuk makanan yang sihat semasa kita masih bertenaga dan sihat. Maha juga pada hari tu tak lepas daripada seloro dan nasihat Chef Wan untuk kurang berat badan dan mula amalkan makanan sihat dan organik dari sekarang.



Katanya lagi di BMS Organics ini menyediakan banyak bahan2 dan juga sumber makanan yang organik dan sihat. Mereka sendiri menjaga kualiti untuk setiap produk dan bahan makanan yang dijual di semua cawangan kedai2 mereka. Selain itu juga BMS Organics juga mempunyai restoran makanan sihat dan organik sendiri. Kalau korang perasan Restoran Be Lohas adalah penyedia makanan sihat daripada bahan organik di semua cawangan mereka.



Pada hari tu juga Chef Wan mengajar kami menggunakan bahan organik dan sihat untuk menghasilkan masakan tempatan. Paling best adalah masakan Nasi Lemak with Soy Chicken Rendang, di mana beliau mengantikan santan dengan susu soya dan juga nasi biasa digantikan dengan beras perang. Jadi ia akan mengurangkan penggunaan yang tidak sihat dan boleh dapat rasa yang sama sedap jer dengan nasi lemak biasa.

Nasi Lemak with Soy Chicken Rendang

Asam Laksa

Curry Laksa

Kemudian kami juga dijamukan dengan semua masakan yang disediakan oleh Chef Wan. Maha pilih nasi lemak lah dan rakan blogger lain pilih Asam Laksa dan ada juga Curry Laksa. Semua hidangan ini menggunakan bahan sihat dan organik. Tengok sendiri lah rupa nampak sedap dan rasa pasti sihat. Boleh cuba kat rumah nanti ok. Terima kasih kepada Chef Wan kerana sudi berkongsi idea dan juga ilmu masakan sihat kepada kami. 







0 comment... add one now