Bumiputera,

Cheese Crackers Dan Prawn Crackers Dari Zattylicious Buat Korang Tergamam Kesedapanya

Jumaat, Mac 25, 2016 Mahamahu 8 Comments

Cheese Crackers Dan Prawn Crackers Dari Zattylicious Buat Korang Tergamam Kesedapanya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha dah banyak makan pelbagai jenis kerepek daripada kerepek ubi sampai kerepek gunting semua biasa jer. Bukan nak kutuk kerepek yang orang lain buat tapi kali ni kerepek yang Maha dapat rasa ini lain sangat2. 


Apa yang buatkan kerepek ini lain adalah gabungan unsur2 tradisional dan modern dalam penghasilan kerepek ini. Kalau sebut kerepek tak class jadi diberilah nama Cheese Crackers dan juga Prawn Crackers ko ado hehehehe. Jangan marah branding tu penting dalam menarik minat dan keunikan orang untuk mencuba. Tapi crackers ini Maha dan cuba ok dan dapat habis berbalang-balang kerana kesedapannya.


Dua crackers ini dihasilkan oleh seorang usahawan Bumiputera muda yang bersemangat untuk berniaga. Zattylicious nama company yang mengeluarkan dua crackers ini. Tapi Maha rasa dua crackers ini ada potensi untuk terus bersaing dalam dunia industri makanan tempatan. Sebeb crackers ini sangat2 sedap untuk dimakan sambil tonton tv atau juga untuk hari raya nanti.

Cheese Crackers (RM 7.00)



Maha paling suka adalah Cheese Crackers ini cukup rangup, nipis dan juga penuh cheese atasnya. Korang boleh tengok warna oreng2 itu adalah salutan cheese yang banyak dan berlemak bila dikunyah. Paling best rangup dan ringan saja untuk masuk ke mulut. Harga untuk crackers ini hanya RM7.00 untuk balang kecil dan RM13.00 untuk balang besar.

Prawn Crackers (RM 7.00)



Manakal satu lagi tu Prawn Crackers ini lagi sangat2 lain daripada kerepek yang biasa korang makan. Kalau selalu  makan  kuih guntingkan yang ni tak sama kerana kerapuhan dan juga rasa udang kering dalam tu memang menarik. Susah nak explane macam mana rasanya tapi korang kena cuba baru tahu keunikannya. Harga pun sama jer macam tadi untuk balang kecil RM7.00 dan balang besar RM13.00.


Kalau balang besar ni sesuai untuk korang buar kuih raya tahun ni. Ini kerana mesti rumah korang special tak sama kerepek dengan rumah orang lain baru best nak raya. Apa pun kalau korang nak order boleh whatapps kepada mereka.  Mereka masih baru lagi tak ada Facebook atau Instagram tak apa next level ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan maklumat lanjut
Whatapps dan call : 013 - 390 7087





8 ulasan:

  1. wah...nmpk menarik tertarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik dan sedap kena cuba...

      Padam
  2. Kite pernah rasa yg cheese tu , mmg sedap, ralit makan dok depan tv sampai sebekas licin :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkan satu balang tu leh habis sekelip mata jer sedap...

      Padam
  3. macam sedap je cheese crackers tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lah yang paling sedap cheese tu sekali hadap habis sebekas...

      Padam