Adi Putra,

Untungnya Jadi Blogger Dapat Sarapan Bersama Adi Putra dan Mira Filzah

Isnin, Februari 29, 2016 Mahamahu 6 Comments

Untungnya Jadi Blogger Dapat Sarapan Bersama Adi Putra dan Mira Filzah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalianSapa kata artis2 kita ni sombong dan tinggi diri bila drama dah meletop dan viral. Kerana peminat lah drama Melayu sekarang makin bernyawa dan mula mendapat perhatian. Seperti mana drama Cinta Si Wedding Planner ini walaupun dah habis tetap masih diperkatakan peminat. Malah tayang episod akhir mendapat tonton 4 juta wow.


Terima kasih kepada Denaihati Network kerana telah memberi peluang kepada kami peminat dan blogger untuk beramah mesra dalam majlis sarapan bersama pelakon utama drama ini. Maha pun tak lepaskan peluanglah untuk bersama secara live depan mata tambah2 lagi Mira Filza tu comel jer orangnya. Denaihati ni adalah team yang buat program Sepetang Bersama Blogger sejak 2014 sampai 2015 dan In Shaa Allah tahun ni ada lagi. 



Bertempat di Bangi Golf Resort sesi sarapan ini begitu simple dan tetap meriah dengan kehadiran blogger serta peminat tegar pelakon popular ini. Paling meriah mestilah peminat Adi Putra daripada #1hotlovers yang ada datang dari jauh semata2 nak jumpa artis kesayangan mereka ini. Maha tetap jadi penyokong #MiracleFC comel Mira Filzah.


Pagi tu sarapan kami disediakan oleh Bangi Golf Resort yang memang cukup popular dengan makanan kampungnya. Kami di hidangkan dengan Nasi Lemak Telur dan juga kuih muih tradisional. Dalam sejarah seperti mana kata Adi Putra sesi sarapan dengan peminat selalunya makan tengahari atau dinner jer hehehe. Gigih bangun pagi janji dapat bersama dua artis popular ni.


Acara hari tu selain daripada makan2 ada juga sesi beramah mesra bersama dengan Adi Putra dan Mira Filzah. Rupa2nya Adi ni ada business lain selain daripada belakon. Beliau menguruskan business pakej umrah dari syarikat miliknya. Pada hari tu beliau juga mempromosikan pakej2 umrah bersama dengan barisan selebriti yang popular. 


Adi juga berkongsi kisah suka duka beliau dalam dunia seni dan juga sedikit pengajaran untuk membina business dari mula. Banyak jugala yang kami dapat belajar hari tu. Pihak penganjur juga telah buat supprise kepada Adi sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran beliau. Dapat dua kek lagi Adi hari tu special ditaja oleh Pav’s Lover Bakery kek yang sedap ok.




Tapi sayang Mira dapat bersama kami sekejap sahaja kerana ada komitmen lain pada hari tu. Tapi walaupun kejap tetap dapat bertanya soalan kepada Mira. Beliau suka makanan yang manis2 ok sama lah macam Maha hehehe. Yang paling best Maha dapat hadiah cabutan betuah dari Mira ok jangan jelous. Dapat hadiah produk Mira sendiri iaitu MORA Argan Cleanser dan MORA Pure Argan Oil.



Sekali lagi terima kasih kepada penaja pada hari tersebut iaitu Jemaah Bisnis Denaihati, EvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies. Siap dapat lagi goodies special dari semua penaja. Terima kasih kepada Adi Putra dan Mira Filzah kerana sudi luang masa bersama kami walaupun sibuk. Moga next projek ada lagi bersama artis2 tempatan dengan blogger. 







6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Best sebab dpt jumpa Mir Filzah yang menang Artis Baru Meletop hehehehe comel orangnya..

      Padam
  2. Memang manis dia..tahniah sebab menang artis terbaru mira filzah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan suka sangat tengok dia orang lemah lembut jer.. Suka juga dia menang tak suka seorang lagi tu menang siap nangis2 hurmm...

      Padam
  3. wahhh.. jelesnya nasib baik xtngkap gmbar berdua kalu tak lagi jeles :v :v

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh gambar ngan Mira tu rahsia lah simpanan peribadi tak leh tunjuk wakakakaka...

      Padam