Pandai Masak Mesti Pandai Nak Buang Minyak Masak Terpakai Tips Berguna

Pandai Masak Mesti Pandai Nak Buang Minyak Masak Terpakai Tips Berguna - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Peringatan kepada semua yang biasa masak kat rumah macam Maha yang ada buat beberapa resepi mudah, apa korang buat terhadap minyak masak yang dah digunakan? Adakah korang buang, kitar semua atau jual semula. Maha sendiri tak tahu nak buat apa mula2nya tapi setelah dibuat research sikit dpt lah beberapa info yang boleh kongsi dengan korang semua.


Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita buat terhadap minyak masak yang telah digunakan. Terutama kepada pengusaha masakan dan juga peniaga2 di luar sana. Peringatan jangan gunakan minyak masak lebih dari 3 kali. Ini kerana minyak masak itu boleh menjadi racun kepada makanan yang kita masak. Jadi kalau tengok minyak masak tu dan berubah warna kegelapan sikit buang jer lah beli yang baru.


Cara nak buang pun ada yang patut kita patuhi bukan pakai buang jer. Antara tempat2 yang tidak boleh dibuang minyak masak yang telah diguna pakai.

1) Longkang
2) Kawasan tanah lapang
3) Kolam / Tasik / Sungai
4) Buang dalam singki rumah / kedai
5) Buang dalam lubang najis / tandas

Peringatan semua lokasi ini kalau buang akan mengakibatkan pencemaran yang teruk kerana minyak tidak boleh disebatikan. Jadi ada beberapa langkah yang korang boleh buat untuk hapuskan minyak masaka yang telah terpakai ini. Maha sendiri pun ada banyak stok minyak masak yang dah terpakai ni tak tahu nak buang mana. So ini antara perkara yang Maha ikut untuk senang buang minyak masak ini.


Kumpul dalam botol minyak

Minyak masak yang dah terpakai kita nak buang kita kumpulkan sahaja dalam botol minyak yang kita beli tu. Kumpul sampai penuh minyak yang tak terpakai tu dan tutup ketat2. Kemudian kita buang kat pusat pengumpulan sampah atau kitar semula. Kat situ nanti pihak berwajib majlis perbandaran akan ambil minyak2 tu untuk dilupuskan. Kalau orang area Shah Alam leh hantar ke pusat kitar semula minyak masak di Seksyen 6, 11 dan 17.
Hubungi seperti di sini :
MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan 03-79552381
MBSA di Bahagian Pembersihan Awam & Alam Sekitar 03-55105133 samb. 1238 / 1570

Jual minyak yang terpakai

Ada agent atau syarikat2 yang membeli minyak masak terpakai ini. Jadi kalau rasa banyak sangat berbotol2 minyak masak yang kita nak buang tu boleh hubungi syarikat yang membeli minyak masak terpakai ini. Kalau tak silap harga RM1 untuk sekilo minyak masak. Tapi mereka kalau nak beli pun akan beli dalam kuantiti yang banyak berpuluh kilo baru berbaloi. Contact no tu Maha tak ada dan tak jumpa lak syarikat2 yang beli minyak ni. Tapi kalau sapa2 tahu leh roger nanti Maha leh masuk kat sini.


Kitar semula minyak yang terpakai

Ingat kitar semula ini bukan kita tapis minyak tu atau bersihkan minyak tu bagi digunakan semula untuk memasak. Tapi kitar semula ini adalah menjadikan minyak masak ini sebagai bahan lain seperti membuat lilin tu paling mudah. Banyak lagi yang boleh di gunakan kitar semula minyak masak ini jadi jimat sikit dan selamatkan bumi kita hehehe.

So lepas ni ingat jangan buang minyak masak terpakai merata2 ok. Harap Maha serba sikit membantu korang menyelesaikan masalah untuk membuang minyak masak yang terpakai. Maha sendiri pun dah mula kitar semula minyak masak ni nanti tengok apa yang Maha boleh hasilkan dengan minyak masak terpakai ini ok. Jumpa lagi.....




*Gambar dari carian Google.com







{ 9 comments.. read them below or add one }

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 19 February, 2016
Kalau Sally buang kat singki pun selalu pastikan ada air panas sekali...supaya tak melekat..hihihi
Maha Mahu Maha Mahu 19 February, 2016
Tapi nanti minyak tu mengalir ke mana susah gak kalau sampai longkang, parit atau sungai bahaya tu..
husna zahidi husna zahidi 19 February, 2016
sama..mmg slalu buang dlm sinki aje.. pastu buat cucian berkala, jirus ayaq panas kat sinki.. kdg minyak² tu dikumpulkan dlm satu bekas sisa makanan, air basuhan ikan etc, pastu buang kat tanah bukit dpn umah..
Maha Mahu Maha Mahu 20 February, 2016
Hehehehe mungkin bagi kita nampak macam dah selamatkan tapi sebenarnya minyak tu serap dalam tanah dan bagi kesan pada tumbuhan di sekitarnya.
Hidayah Abdul Kadir Hidayah Abdul Kadir 24 February, 2016
Owh..baru tahu minyak masak pun boleh dikitar semula. Selama ni, longkang je jadi tempat pembuangan..huu^^
Terima kasih share imfo yg sangat bermanfaat ni. Terbaikk! =)
Maha Mahu Maha Mahu 24 February, 2016
Hehehehe saya pun baru tahu baca sikit2 dan share dengan kawan2... Harap ia berguna buat semua..
yra sakura yra sakura 10 August, 2016
X terpikir lak nk kumpul lam botol balik..hahaha..tq taw utk info berguna.. sbb common sense sy x mmbenarkan sy buang dlm sinki,longkang n dlm tanah..
yra sakura yra sakura 10 August, 2016
X terpikir lak nk kumpul lam botol balik..hahaha..tq taw utk info berguna.. sbb common sense sy x mmbenarkan sy buang dlm sinki,longkang n dlm tanah..
Evan Chong Evan Chong 31 October, 2016
membeli minyak masak terpakai daripada orang ramai untuk dieksport dijadikan bahan biodiesel mesin dan jentera. 0163919972