Expo,

Expo Pertama Dan Terbesar Barangan Pakistan Di Malaysia PEXPO 2016 Mid Valley Exhibition Centre

Ahad, Februari 14, 2016 Mahamahu 4 Comments

Expo Pertama Dan Terbesar Barangan Pakistan Di Malaysia PEXPO 2016 Mid Valley Exhibition Centre - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebenarnya hubungan perdangan Malaysia Pakistan telah terlaksana sejak begitu lama dari tahun 1957 lagi. Jadi tak pelik kalau kita lihat ramai pekerja dari negara ini mencari rezeki di negara kita kerana ia adalah tanda persahabatan dua negara yang kukuh.


Tidak kurang juga barang2 atau makan2 yang menarik dari negara Pakistan yang kini juga telah banyak di minati oleh orang tempatan kita. Sebab itulah adanya PEXPO 2016 atau Pakistan Expo 16. Expo yang bermula dari 12 Feb 2016 hingga 15 Feb 2016 ini masih berlangsung di Hall 1 Mid Valley Exhibition Center



Pada Jumaat lepas expo ini telah di lancarkan secara rasminya oleh CEO MATRADE Dato' Dzulkifli Mahmud di saksikan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Mr Syed Hassan Raza bersama beberapa orang VVIP ternama di ruang legar Mid Valley Exhibition Center. Bersama dengan majlis tersebut juga telah di adakan acara menandatangani MOU antara Malaysia dan Pakistan bagi beberapa projek besar.




Pakistan telah lama menjadikan Malaysia sebagai negara pelaburan produk2 tempatan mereka. Maka dengan adanya expo seperti ini juga akan lebih mengembangkan lagi pengenalan produk mereka yang masih banyak kita tak terokai. Expo ini masih lagi berlangsung sampai 15 Feb ini dan Maha juga berkesempatan pergi menyaksikan sendiri apa barang yang di pamerkan dan di jual dalam expo tersebut.




Sebenarnya negara Pakistan ini kaya dengan hasil seni yang cukup indah dan cantik.
Maha tengok ukiran kayu-kayan, mamar dan juga batuan yang cantik di hasilkan untuk menghiasi ruang dalam rumah korang. Kalau datang untuk sekadar tengok memang rugi kena dapatkan satu sekurang2 barang mereka kerana sangat unik.



Bagi kaun wanita lagilah rambang mata kerana di situ banyak sangat pakaian wanita yang dipamerkan dan dijual. Pakaian2 yang dihasilkan daripada sutera tulen, kapas, chiffon, sulaman semua indah2 boleh untuk dijadikan pakaian rasmi atau juga pakaian semasa Hari Raya nanti. Lagi satu yang orang pompuan ni suka adalah barang kemas kerana di negara Pakistan juga mereka menghasilkan barang perhiasan wanita ini cukup kemas dan pelbagai rekebentuk.



Kalau yang kaki makan macam Maha ni lagi lah suka, sebab kat situ ada juga dijual makanan yang boleh terus dimakan dan juga produk makanan bungkus. Bagi yang hantu Briyani kat sini ada hidangan briyani yang di sediakan bersama masakan kambing yang enak2. Nak beli produk makanan bawa balik seperti kekacang, herba dan macam2 lagi semua ada. Tapi jangan risau kerana sana juga negara Islam dan terjamin halal serta keselamatannya.




Masih belum terlambat lagi untuk merasai kemeriahan expo dari negara Pakistan ini yang akan tamat 15 Feb ini. Jadi tunggu apa lagi datang untuk melihat koleksi2 yang mana tahu boleh dijadikan business kita kat Malaysia. Boleh dapatkan contact kat expo2 seperti ini lah. Maha dah pergi korang bila lagi.







4 ulasan:

  1. Dah pergi semalam, cuma ronda-ronda je.... tak beli apa-apa. Sekadar melihat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat nak jumpa bro Kamil kat sana hehehehe walaupun dah plan kan In Shaa Allah next event ok..

      Padam
  2. cntik dorang nye perhiasan..kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik cik Yaya tapi harga boleh tahan maklumlah barang import hehehe...

      Padam