Boikot,

Sekiranya Kenyataan Mereka Betul Kenapa Kita Tidak Boikot Coklat Keluaran Syarikat Ini

Jumaat, November 06, 2015 Mahamahu 0 Comments

Sekiranya Kenyataan Mereka Betul Kenapa Kita Tidak Boikot Coklat Keluaran Syarikat Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha terkejut bila terbaca atikel di banyak laman web dan juga media social tentang kes ini. Di mana syarikat pengeluar coklat besar dunia kebanyakan dari Afrika Barat menggunakan buruh kanak2 untuk menghasilkan coklat mereka.


Kalau Maha sebut nama syarikat ni mesti korang terkejutkan tapi ini adalah kenyataannya. Hershey, Nestle dan juga Mars adalah antara syarikat yang di sebut2 bukan sahaja di blog dan juga media elektronik seluruh dunia. Menggunakan khidmat kanak-kanak yang di katakan tidak dibayar gaji dan didera untuk melakukan kerja menghasilkan coklat untuk company keluaran mereka. Kalau korang masih kurang yakin boleh baca beberapa artikel yang sempat Maha dapat info tentang isu ini.


Korang kena tonton video siasatan yang dibuat tentang bagaimana kanak-kanak ketakutan di paksa menjadi hamba mereka. Memang mengejutkan walupun mereka menafikan tentang perkara ini tetapi ia telah menjadi isu hangat sehinggakan rakyat California telah memfailkan saman meminta 3 syarikat ini membayar ganti rugi kerana menyebabkan mereka tanpa sedar menyokong perhambaan dan pemerdagangan kanak-kanak sewaktu membeli coklat yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Seperti mana sebelum ini kita boikot produk yang support Israel begitu juga nasib kanak2 yang kebanyakan dari negara Afrika dan Asia.

Inilah kelemahan undang2 manusia dan juga akhirnya manusia yang menjadi mangsa. Bukan mudah isu ini untuk di terangkan kerana kuasa dan juga kedudukan mereka mampu mempergunakan semua ini demi kepentingan dan kejayaan business mereka. Kita duduk memperjuangkan hak kanak2 untuk hidup dan berpendidikan tapi kita sendiri sokong dengan pembelian coklat dari keluaran mereka seperti kita menyokong penggunaan buruh kanak2. Apa tindakan kita sama2 kita fikirkan....