Palm Garden Hotel Menyediakan Buffet Dan Juadah Sambutan Deepavali Buat Seisi Keluarga

Palm Garden Hotel Menyediakan Buffet Dan Juadah Sambutan Deepavali Buat Seisi Keluarga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Esok jer kita akan menyambut perayaan Deepavali buat penganut Hindu di Malaysia. Untung kita masyarakat berbilang kaun ni semua perayaan sambut dan pastinya cuti hehehe. So sempena dengan sambutan Deepavali ini Palm Garder Hotel IOI Resort menyediakan hidangan asli juadah India. Daripada Chef Rosiley semua hidangan di hasilkan sendiri untuk mengekalkan kesegaran.



Daripada makanan berat kepada makanan pencuci mulut yang menjadi hidangan tradisional di pagi raya Deepavali. Paling best bagi Maha bila menikmati hidangan Indian ini mesti Roti Naan bersama dengan Ayam Tandori dan juga Kari Dhal India. Gabungan ini cukup melengkapkan hidangan pagi raya korang. Kalau yang suka Tosai dan juga Putu Mayam pun ada kat sini memeriahkan lagi juadah pagi raya.







Semua set ini di sediakan dari hari Ahad hingga Khamis untuk makan malam. Harga juga berpatutan dan berbaloai hanya RM91.00 nett untuk seorang. Korang boleh pilih pula pencuci mulut yang memang meriah dan warna-warni seperti mana perayaan ini juga. Kat sini ada macam2 pencuci mulut seperti Laddu, Candi Kelapa, Vade dan banyak lagi semua manis2 dan sedap2.


Tu untuk hidangan sempena perayaan yang di hidangkan bermusim di sini tapi mereka juga ada buffet yang memang tetap setiap hari. Pelbagai makanan yang menarik dan banyak untuk korang pilih sampai rambang mata. Kebanyakan juadah masakan Melayu yang di sediakan oleh chef2 profesional mereka. Paling menarik buat pasangan yang baru berkahwin atau meraikan majlis ulangtahun perkahwinan mereka juga menyediakan set untuk "Candle Light Dinner' di ruang taman special mereka.










Kat sini korang boleh order daripada makanan untuk 2 orang seperti soup of day, 2 hidangan utama iaitu Pasta Arrabiata atau Thai Style Fried Rice dengan Tumeric Chicken. Juga ada pencuci mulut yang manis semanis date anda pada malam tersebut iaitu Cocktail buah dengan aiskrim. Bole nikmati makana malam ini di pacaran cahaya bulan di tengah2 keindahan taman dan air pancutnya.




Tu buat yang datang sana untuk menikmati makan malam yang paling romantik dan menarik. Juga buat mereka yang berada di persekitaran IOI Resort dan juga pejabat berhampiran boleh buat order untuk delivery. Wow specialkan jarang hotel ada khidmat pengantaran atau korang yang lalu kawasan ini boleh buat order dan singgah untuk drive true ambil makanan. Tak banyak makanan yang ada tapi boleh buat untuk makan alas perut korang ketikat lapar bekerja tengahari dan malam.




Di antara menu yang ter sedia untuk penghantaran ini adalah seperti Pizza 9' dengan 3 jenis topping pilihan iaitu pepperoni, chicken satay dan seafood, juga ada Spaghetti Bolognaise (ayam atau daging), Nasi Goreng, Satay setengah dozen, Club Sandwich, Burger ayam atau daging, Mee Mamak dan Nasi Ayam. Banyak juga yer dan semua nampak menarik di sediakan seperti dalam kotak di bawah ni mudah untuk di bawa.


Buah korang yang nak datang lunch atau dinner buffet kat sini boleh buat tempahan awal. Palm Garden Hotel ini betul2 berada belakang dengan IOI City Mall yang mana mall terbesar tu. Jadi bila datang meeting atau ada apa2 majlis kat area sana boleh singgah hotel ini ok. Selamat menjamu selera dan selamat Hari Deepavali.

PALM GARDEN HOTEL
Tel  : 03 - 8943 2233 ext 8820 
          019 - 2188 737