Food,

Miami Grill Sunway Pyramid Satu-satunya Halal Di Asia Menghidangkan Makanan Ala Amerika

Isnin, November 16, 2015 Mahamahu 0 Comments

Miami Grill Sunway Pyramid Satu-satunya Halal Di Asia Menghidangkan Makanan Ala Amerika - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Panjang tajuk review kali ni hehehe tapi itulah yang nak di nyatakan bahawa telah ada Restoran Miami Grill di Malaysia dan ia pasti dari sumber yang Halal. Buat korang yang nak cuba menu hidangan Amerika yang di makan oleh celebrity di sana sini adalah lokasi yang betul.

Garden Salad - RM 15.90

Seperti hidangan pembuka selera yang wajib menjadi menu mereka iaitu salad. Macam yang Maha dah cuba kat sini iaitu Garden Salad yang sungguh sihat dan mengandungi semua bahan sayur-sayuran segar boleh rasa kerangupannya. Paling bestnya salad ni datang bukan sahaja degan sayur dan sos pilihan tapi juga roti pita. Cara nak makan kena makan semua sekali dan salutkan dengan sos memang terbaik.


Sebab tu kat sini mengutamakan makanan sihat yang pasti tiada kegunaan tiga bahan bahaya ini dalam makanan mereka iaitu tiada MSG, tiada bahan pengawet dan juga tiada bahan kimia yang telarang. Begitu teliti dan menjaga kesihatan makanan mereka patut orang Amerika sihat2 hehehe. Paling Maha suka adalah menu Philly Cheesesteaks Nacho Cheese.

Philly Cheesesteaks Nacho Cheese - RM 33.90

Yang ni dalam roti panjang ada isi daging cincang yang di perap dan di grill sungguh juicy di dalamnya dan di atasnya pula korang nampak kuning2 tu adalah Nacho Cheese dan juga onion ring yang rangup. Bila gigit memang terasa kesedap dalam gabungan kesemua dalam satu roti. Set untuk menu ni datang dengan spiral fries dan juga Coleslaw. Dah lah kalau korang ambil air soft drink sekali boleh tambah  berapa kali yang korang mahu. 

Philly Cheesesteaks Fajitas - RM 33.90

Satu lagi yang sama keluarga dengan hidangan tadi iaitu Philly Cheesesteaks Fajitas sama saiz dan isi daging cuma di atasnya Cheddar Cheese dan tomato yang di potong dadu. Yang ni pun sama dalam satu set datang dengan Spiral fries dan Coleslaw. Hidangan sesuai untuk seorang makan memang boleh kenyang sangat2. Kalau korang nak makan kepak ayam kat sini pun ada Grill Wings yang BBQ atau juga Krispy Wing yang di goreng garing rangup.

Grill Wings - RM 19.90 (3 pieces) RM 25.90 (kombo set)

Last sekali yang Maha dah cuba makan kat sini adalah Mousaka Greek Lasagna. Percaya tak untuk memenuhi citarasa tempatan mereka telah perbaharui menu ini dengan ada terung di atasnya. Memang lembut dan enak makan sekali jer dah kenyang terbaik lah. Puas hati makan kat sini harga juga tak seperti mana yang korang sangkakan berbaloi dengan portion makanan yang korang dapat dan kualitinya. 

Mousaka Greek Lasagna - RM 18.90


Jadi lepas ni tak perlu keluar negara lagi untuk nikmati makanan barat yang memang sepertinya telah pun berada di Malaysia. Bukan sahaja untuk orang dewasa malah hidangan untuk kesesuaian kanak-kanak juga tersedia bagi seisi keluarga datang makan. Miami Grill di Sunway Pyramid menjanjikan kepuasan kepada sapa2 yang datang makan, Maha sendiri pun puas dapat makan sampai kenyang dan hidangan menarik. Bila sekali cuba nak datang lagi kat sini itu janji yang mereka jaminkan kepada anda. 




Banyak lagi menu yang menarik2 termasuk lah burger2 yang ada tapi tak dapat nak cuba semua kenyang sangat. Tengok pada dekorasi dalaman ni korang akan rasa seperti berada di persisir pantai yang cukup popular di Miami. Mereka menggunakan papan alas yang di reka khas kalau tengok memang menarik rasa nak bawa balik jer hehehe. Apa pun cite banyak tak guna nak tahu kena datang sendiri cuba makan di sini ok. Selamat menjamu selera dari Maha untuk semua pembaca.

MIAMI GRILL
Alamat : LG2.127, Blue Atrium,Sunway Pyramid
Laman web : www.miamigrill.com.my







0 Pandangan: