Deepavali,

Juadah Di Pagi Deepavali Perlu Sentuhan Yang Sihat

Selasa, November 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Juadah Di Pagi Deepavali Perlu Sentuhan Yang Sihat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selamat Menyambut Deepavali dari Mahamahu moga Malaysia terus aman. Hari ni hari perayaan cahaya bagi kaum Hindu di Malaysia dan seluruh dunia. Biasalah kalau perayaan kat Malaysia ni tak sah ada banyak makanan yang enak2 dan sedap2.


Tapi sekarang Kementerian Kesihatan Malaysia telah keluarkan garis panduan bagaimana untuk sediakan hidangan tradisional lebih sihat dan boleh di nikmati oleh semua peringkat usia. Cuma beberapa perkara yang perlu kita sentuh untuk menjadikan segalanya sihat dan masih sedap seperti sediakala. Kat sini beberapa cara yang di sediakan oleh KKM untuk membuat makanan tradisional menjadi sihat.

Panduan penyediaan hidangan sihat semasa perayaan Deepavali :-
  1. Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan tradisi dan gantikannya dengan minyak sayuran.
  2. Kurangkan kandungan gula dalam penyediaan manisan tradisi seperti kesari, adhirasam dan ghee urundai. Gunakan bahan pemanis semulajadi seperti kismis, ceri atau aprikot kering.
  3. Bagi makanan bergoreng seperti popadom dan vatthal, ia boleh dimasak tanpa minyak dalam ketuhar.
  4. Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.
  5. Sediakan daging kambing yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
  6. Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.
  7. Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disedia untuk tetamu.
Tengok kita masih boleh nikmati juadah tradisional ini lebih sihat dan lebih menarik dengan rasa yang sedap sama seperti sediakala. Moga musim perayaan kita masih dapat mengamalkan makanan yang sihat dan seimbang itu penting. Kadang2 kita sebelum raya semua kurus lepas raya habis semua baju tak muat kena beli baru hehehe. Taktik jer tu sebenarnya. Apa pun Selamat Hari Deepavali buat semua.