Dapur,

Salmon Kari Mee Segera Resepi Orang Bujang di Dapur Mahamahu

Isnin, Oktober 26, 2015 Mahamahu 0 Comments

Salmon Kari Mee Segera Resepi Orang Bujang di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lama sangat Maha tak buat resepi baru kat blog ni. Selalu update food review jer banyak. Tapi  tak apa kali ni Maha nak masak satu menu kesukaan orang bujang dan senang untuk di buat. Tak perlu pakai banyak bahan semua bahan asas termasuk mee kari segera yang menjadi antara menu wajib di rumah bujang.


Jom Maha senaraikan bahan2 untuk membuat Salmon Kari Mee Segera. Sebab apa Maha guna Salmon sebab memang ikan kegemaran. Kalau ada banyak menu mesti Salmon akan menjadi pilihan utama Maha. Persediaan untuk resepi ni sampai siap masak pun tak lama hanya beberapa minit sahaja. 

Bahan2 Memasak Salmon Kari Mee Segera


1 bungkus Mee Segera perisa kari
1 potong daging ikan Salmon
1 sudu santan pekat
1 sudu yogurt original 
1 biji bawang besar
3 batang cili padi
1 biji telur
1 biji limau kasturi
1 sudu minyak masak
sedikit sayur taughe, daun bawang

Cara penyediaan 


1) Cincang bawang besar menjadi halus dan kemudian masukan dalam periuk berisi minyak masak yang sudah panas. Tumis sehingga naik bau.
2) Kemudian masukan sedikit air kosong, cili padi bersama dengan perencah kari mee segera yang di sediakan.
3) Sebelum tu panggang dulu ikan Salmon di atas kuali dengan sedikit campuran garam dan rencah asli. Pastikan panggang tanpa minyak dan jangan lama2 kerana takut ikan salmon keras.
4) Kemudian masukan santan dan juga yogurt untuk dapat kepekatan dalam kuah kari tadi.
5) Selepas tu masukan mee segera tadi dan juga masak jangan lama 4 minit sahaja.
6) Last sekali masukan daging Salmon yang telah di masak tadi dan kemudian hias dengan taughe, daun bawang dan juga sepotong limau kasturi. 


Sesudah masak boleh di hidangkan dalam satu mengkuk kerana nak kekalkan tradisi makan secara sopan dalam mangkuk. Yang penting walau pun masak sekejap jer tapi dapat memberi kekenyangan kepada orang2 bujang yang malas nak makan luar dan juga mencari kelainan dalam masakan mee segera mereka. Mee segera ini lebih pekat dan lebih kenyal untuk korang cuba. Selamat mencuba semua ok. 















0 Pandangan: