Food,

Restoran Masakan Sedap Antara Restoran Makanan Laut Pilihan Di Kota Kinabalu

Selasa, Oktober 20, 2015 Mahamahu 0 Comments

Restoran Masakan Sedap Antara Restoran Makanan Laut Pilihan Di Kota Kinabalu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni satu lagi retoran makanan laut yang sempat Maha pergi bila bercuti di Kota Kinabalu. Restoran Masakan Sedap nama simple jer tapi kedai cukup besar ok. Jangan risau kedai ni ada sijil Halal dan boleh di nikmati oleh semua bangsa.



Semua makanan laut kat sini masih hidup dan boleh di pilih sendiri oleh semua orang yang datang ke sana. Dari makanan ikan, ketam, udanga dan macam2 lagi semua boleh tengok dalam akuarium yang di susun teratur pada pintu masuk retoran ni. Korang boleh pilih nak makanan laut mana dan nak masak apa. Harga mengikut kadar harga terkini di KK jadi memang kat sini tak mahal pun bebaloi.


Maha bila datang makan seafood kat sini mesti akan pilih ketam. Tu dan kegemaran jadi malam tu Ketam Masak Pedas. Tapi tak berapa pedas kerana masakan kat sini bertemakan masakan cina. Tengok sendiri lah saiz ketam yang besar dan isi yang banyak tu hehehe.


Lepas tu Maha pilih pula Ikan Kerapu Masak Stim Halia. Ni memang antara masakan yang juga popular di sini. Isi ikan ni lembut jer dan juga halia yang melimpah ruah tengok lah pada ikan tu hehehe. Puas hati makan untuk 4 org pun cukup ni yer. 


Lepas tu Maha pilih Kerabu Mangga untuk saladnya kerana ada rasa masam2 manis. Jadi kena dengan semua hidangan ini. Lepas tu minum pula air jus buah memang terbaik lah. Last sekali bila datang sini rekmen orang jangan lupa cuba puding kelapa memang terbaik. Rasa lemak kelapa muda dan juga lembut di mulut. Maha ambil 2 bekas memang sedap puding ni.



So kalau korang datang KK kena lah merayap sikit nak cari tempat makan seafood yang sedap. Kat sini boleh cuba harga berpatutan. Alamat dan lokasi senang jer tak jauh pun dari bandar. Maha boleh drive sendiri ker sini guna waze. Kawasan luas dan parking banyak kat sini kalau datang malam. Kedai beroperasai dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam setiap hari. 

RESTORAN MASAKAN SEDAP
Alamat  : No.1-0-1, Block B, Lot 20,
                Kolam Centre Fasa 2, Jalan Lintas,
                88300 Kota Kinabalu