Food,

Nak Makan Seafood Tidak Perlu Jadi Nelayan Kerana Di Restoran Just Seafood Segalanya Segar

Rabu, Oktober 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

Nak Makan Seafood Tidak Perlu Jadi Nelayan Kerana Di Restoran Just Seafood Segalanya Segar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang nak cari restoran makanan laut yang segar mana korang akan pergi. Ada yang kata kat Tanjung Karang, kat Sepang dan macam2 lagi tapi sebenarnya ia tak jauh pun dekat jer dengan kita. Terletak di tengah2 kota dan juga restoran ini 100% adalah makanan laut yang segar di bawa kepada anda.


Mana lagi kalau bukan Just Seafood Restaurant di Sunway Giza Mall, Dataran Sunway Kota Damansara. Percaya tak kat tengah2 mall tu ada restoran seafood yang segar dan terbaik dari laut. Kebanyakan seafood kat sini adalah di bawa dari Australia dan juga negara2 pembekal makanan laut terbaik dunia. Korang juga boleh jumpa makanan laut yang tidak pernah di temui di tempat2 lain tapi kat sini semua ada yang paling kecil kepada yang paling mahal di dunia.


Kalau datang sini tak cuba menu yang terbaik ini memang tak sah kerana ia merangkumi 3 layer makanan laut yang terbaik dari dasar laut. Mesti korang yang peminat gila pada seafood ini mesti akan teruja nak cuba set Australian Seafood Fest ini. Maha sendiri pun tak boleh habis sorang ia hidangan untuk 3-4 org makan. Dalam set ini ada paling best mesti lah Mangrove Crab yang di masak charcoal BBQ. Tengok saiz ketam memang menggiurkan lah besar dan penuh isi.

Australian Seafood Fest

Kemudian ada pula Garlic Mussels yang special di bawakan daripada negara Chile. Ni memang terbaik lah sedap dan besar pulak tu. Di masak bawang putih dan memang menarik. Kemudian atas sekali pula adalah Oysters segar yang hanya di makan begitu sahaja dengan sedikit perahan lemon. Yang ni memang ramai orang suka kata mereka segar. Tiram ini bukan sebarangan tapi ia di terbangkan daripada USA punya Tiram. Memang puas hati sangat makan satu set ni korang mesti kena cuba.

Kale Salad with Honey Mustard Vinaigrette

Oyster Fritters

Kemudian banyak lagi hidangan lain yang menarik dan segar2 di bawa untuk korang. Paling best kena cuba pembuka selera ini iaitu Kale Salad with Honey Mustard Vinaigrette. Sayur segar dengan buah nangka dalamnya memang menarik dan rasa segar2 rangup. Kemudian korang kena cuba juga Oyster Fritters dimana ia adalah tiram yang di goreng seperti nuggets memang sedap dan garing. Di makan pula dengan Tartar dipping Sauce sungguh membuka selera korang nak makan banyak lagi seafood segar.

Famous Australian Chili Mussels

 Asia-Cajun Clams

Kalau datang makan makanan laut tak sah kena makan Mussel dan juga Clams. Dua jenis kekerang ini memang cukup popular bila makan kat restoran seafood. Untuk mussel ini Maha telah di hidangkan dengan masakan Chili Mussel atau ia masak tomato. Tak pedas pun tapi sedap di makan bersama dengan keping2 roti macam dalam gambar ni. Kemudian Clams pula di masak sama juga iaitu Asia-Cajun Clams, tapi tak pedas pun memang sedap di makan bersama roti juga.

Asia-Cajun Prawns

BBQ Squid

BBQ Prawns

BBQ Barramundi

BBQ Sting Ray

Udang juga sama korang boleh masak Asia-Cajun Prawns, tapi udang kat sini bukan yang kecil2 tau saiz besar dan menarik. Boleh pilih untuk masak biasa, sederhana pedas dan sangat pedas kalau korang nak boleh minta. Yang ini juga di makan bersama roti. Korang boleh pilih juga hidangan seperti sotong, udang dan juga ikan iaitu Ikan Siakap dan Ikan Pari.  Ni semua sedap kalau bakar dan juga makan dengan kuah asam memang terbaik. 

BBQ Oyster with Cheese

Scallops With Roe

Salted Fish Fried Rice

Paling menarik Scallops yang di masak dengan rempah dan juga bahan yang segar serta juga Oyster dimasak BBQ Oyster with Cheese. Ni memang kesukaan ramai orang sebab boleh makan panas2 dan juga cheese yang membuatkan rasa tiram ini lebih menarik. Pada yang nak makan nasi jangan risau kat sini ada juga nasi goreng bersama dengan ikan masin dan juga ikan bilis. Nasi goreng ni terbaik tau sedap Maha suka boleh makan banyak kali dengan makanan laut yang ada.


BBQ Brown Crab

Akhir sekali korang mesti kena cuba satu makanan laut yang tak ada tempat lain. Bukan kerana susah nak dapat tapi kerana harga yang cukup2 mahal. Itulah dia Brown Crab atau lebih di kenali dengan ketam laut dalam. Tengok lah saiz ketam ni memagn cukup besar dan juga isi paling banyak. Harga Maha tak nak cite korang kena pergi sendiri restoran ni dan cuba ketam ni. Masak BBQ juga sedap dan isi sangat manis. 

Fried Mars Bars with Ice Cream

Akhir sekali bila dah terlalu banyak sangat makanan laut dalam perut mesti kena cuci dengan pencuci mulut yang manis. Sebab tu kat sini Maha cuba Fried Mars Bars with Ice Cream satu2 menu pencuci mulut yang sedap dan unik. Tak ada tempat lain tau makan coklat bar di goreng dan juga dua scop aiskrim. Maka lengkaplah makan dekat Just Seafood Restaurant ini.


Korang boleh datang sini hanya dalam Sunway Giza Mall restoran ni betul2 kat tengah2 mall tu. Mudah jer nak cari dan kawasan restoran berkonsepkan terbuka dan meluas untuk santai menikmati makanan laut yang segar. Di buka setiap hari dari pukul 4.00 petang hingga 12.00 malam. Kalau nak datang makan ramai2 kena booking dulu sebab takut tempat penuh. Jadi mana korang nak cari makanan laut di tengah2 KL ni mana lagi kalau bukan di Just Seafood Restaurant ok. Selamat menjamu selera semua.

JUST SEAFOOD RESTAURANT
Alamat : A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 
               Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya