Aktiviti,

Electric Run Malaysia 2015 Penuh Warna-warni Cahaya Dan Keseronokan Bersama Insuran Tune Protect

Khamis, Oktober 01, 2015 Mahamahu 0 Comments

Electric Run Malaysia 2015 Penuh Warna-warni Cahaya Dan Keseronokan Bersama Insuran Tune Protect - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada tanggal 12 September 2015 hari Sabtu lepas telah berlangsung satu acara gilang gemilang larian penuh cahaya dan warna-warni. Maha ucapkan ribuan terima kasih kepada Tune Protect selaku rakan penaja insuran pada hari tersebut. Maha juga dapat jemputan dari pihak Tune Protect sebagai salah seorang pelari pada hari tu memang rasa teruja sangat.


Salah satu produk yang ditawarkan adalah Tune TrIP Travel Insurance. Tune TrIP Travel Insurance ialah travel insurance yang berpatutan hanya dari RM9 setiap perjalanan! Kalau anda melancong kerap , anda boleh memilih Anuual Plan atau Family Plan! Banyak yang travel insurance ni cover kalau kita beli. Bukan setakat kehilangan luggage je tau! Cover juga benda-benda macam medical fee kalau kita tiba-tiba sakit bila di luar negara. Wahhh memang lega bila tahu kita dilindungikan? Yang lebih baik lagi, proces untuk membeli senang sahaja! Lebih senang daripada apa-apa yang dijalani oleh peserta dalam video ni:



Buat pertama kali sebenarnya Maha dapat join acara larian besar-besaran ini sebab sebelum ni Maha hanya dapat join rentas desa jer masa kat sekolah dulu. Kali ni pula larian penuh warna-warni cahaya lampu neon untuk menyerikan majlis larian pada Electric Run Malaysia 2015 yang pertama kali di adakan di Malaysia. Tune Protect selaku satu2nya penaja insuran khas pada acara larian malam tu kami juga di bekalkan dengan baju khas "I Am Protected" rasa bangga sangat dapat pakai.




Maha dan beberapa kawan yang juga mendapat jemputan Tune Protect untuk belari malam tu memang bersemangat nak lari sejauh 5km. Walaupun kata orang tak jauh tapi pengalaman tu yang cukup bermakna. Pada malam tu memang meriah sebab penuh dengan rakyat Malaysia yang suka aktiviti sihat pada waktu malam ni. Acara ni di adakan di Selangor Turf Club yang telah di ubah suai dengan penuh cahaya warna-warni. 




Larian Maha malam tu di mulakan pada pukul 8.30mlm di mana kami di lepaskan mengikut beberapa kumpulan. Terpulang pada perserta nak lari terus sampai habis atau nak beriadah sambil menikmati pandangan malam yang menarik. Ini kerana sepanjang larian 5km tu memang penuh meriah di hias dengan warna-warni lampu neon dan juga lagu yang memberi semangat untuk berlari. 






Ragam pelari juga tak kurang hebat masing2 mengenakan pakaian berwarn-warni dengan cahaya neon yang menyerlah semangat mereka. Memang best malam tu rasa tak penat walaupun tak pernah lari sejauh tu. Tapi ada masa kami pun berjalan jer sebab penat, sambil tu kami bergambar dengan pemandangan yang cantik dan hiasan lampu yang di buat untuk memeriahkan majlis larian tu. 



Habis larian sejauh 5km memang rasa begitu teruja sangat dan rasa bangga sebab berjaya menghabiskan larian tu. Paling best dapat madel yang cantik dan bergaya untuk jadi kenang-kenangan tanda kami dah tamatkan Electric Run Malaysia 2015 malam tu. Lepas habis larian kami berkumpul di Tune Protect booth yang di sediakan dalam kawasan padang tu. Nak menghilangkan penat kami rehat di situ dan sambil tu menikmati aktiviti yang di adakan di booth. 





Banyak aktiviti menarik boleh menang macam2 hadiah. Kat booth Tune Protect tu macam permainan ada seperti UV Photobooth, Dice Game dan juga boleh menang macam2 menarik pada malam tu. Maha sempat lah main beberapa game dan juga menang hadiah yang di tawarkan. Maha nak cite sikit pasal Tune Protect yang ramai orang tak pasti apa tu.




Tune Protect telah mengalami penjenamaan baru dan juga adalah jenama insuran yang terbaru di Malaysia. Tune Protect adalah Insurans Made Easy dengan produk mudah dan senang dalam talian. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk yang di tawarkan dalam Tune Protect ini boleh dapatkan info di laman social mereka seperti di bawah. Kalau nak tengok gambar-gambar dari event tu, boleh dapatkan di sini:


Laman web : www.tuneprotect.com