Berita,

Di Arah Tutup 14 Hari Jer Lepas Tu Boleh Beroperasi Semula Senangnya

Khamis, Oktober 29, 2015 Mahamahu 0 Comments

Di Arah Tutup 14 Hari Jer Lepas Tu Boleh Beroperasi Semula Senangnya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tiap2 hari baca jer mesti ada tentang laporan kedai makan di arah tutup untuk pembersihan, permis makanan kotor tidak ikut prosedure dan macam2 lagi. Kadang2 menjengkelkan kerana kita tahu permis makanan memang kena utamakan kebersihan.

Bukan semasa mahu membuka permis makan segala peraturan diikuti dan dipatuhi demi mendapat kelulusan lesen dan sebagainya. Tapi bila dah lama semua diabaikan dan diambil lewa kerana nak untung semata-mata. Ada setengah tu dah berkali-kali diserbu dan disita oleh pihak berkuasa tapi masih tetap sama melanggar peraturan kebersihan permis makanan. 


Maha kalau nak pilih tempat makan memang pertama akan tengok ciri2 kedai makanan tersebut. Tengok daripada kebersihan dalaman kedai adakah cukup bersih atau bersepah2 dan kotor di lantai. Kemudian tengok pekerjanya adakah mereka mengamalkan tahap kebersihan diri dan pakaian. Last bari tengok pada persediaan makanan adakah ia selamat,

Baru2 ni kita di gemparkan dengan video yang menjadi viral sebuah kedai mamak yang mecuci kuali dengan penyapu lantai. Memang mengejutkan dan menggerunkan bila tahu tapi yang kita tak tahu mungkin lagi banyak. Lepas tu pula kes permis yang di serbu kerana kotor dan tidak terurus terutama di bahagian dapur. 


Tapi apa tindakan yang mereka kena hanya tutup 14 hari untuk pembersihan dan setelah pihak berwajib puas hati baru boleh buka semula perniagaan. Itu sahaja dan adakah tindakan sebegitu memberi pengajaran kepada mereka agar tidak ulangi lagi. Bila dan merebaknya kes demam kepialu baru nak buat operasi besar-besaran tak guna. Sama2 kita menjaga kebersihan diri dan juga tempat makan yang kita pilih. 

Kalau ktia pergi sesetengah pasaraya besar pun sekarang ada ada sistem gred di mana kedai2 makan ni di klasifikasikan mengikut gred kebersihan dan kualiti yang di jaga. Sebab tu Maha suka makan dan review kat tempat2 mcm ni di jamin kebersihannya. Jadi sekarang terpulang apda kita nak pilih yang mana. Belum lagi masuk part halal haram dan kantoi kat situ. Apa pun kita jadi pengguna bijak dan jangan sesenangnya makan di tempat yang tidak bersih. Utamakan kebersihan dan kesihatan.

Sekiranya anda ada sebarang aduan kedai makan kotor dan tidak menjaga kebersihan boleh adukan di www.facebook.com/BKKMHQ













0 Pandangan: