Food,

Ayam Goreng Korea Terbaik Sejak 33 Tahun Lalu di Pelicana Chicken Restaurant

Khamis, Oktober 08, 2015 Mahamahu 0 Comments

Ayam Goreng Korea Terbaik Sejak 33 Tahun Lalu di Pelicana Chicken Restaurant - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita sekarang di Malaysia sudah di banjiri dengan hidangan dari negara Korea seperti mana kebanjiran penyanyi K-Pop juga. Makanan paling popular adalah ayam goreng yang pelbagai rasa daripada rasa neutral kepada rasa paling pedas sekali.


Kini tak perlu pergi jauh kat Malaysia pun dan ada dan cawangan yang paling dekat adalah di e@Curve Mutiara Damansara. Restoran Pelicana Chicken yang paling mudah untuk korang rasa hidangan ayam goreng original dari Korea. Segala bahan masakan di bawa dari sana untuk mengekalkan rasa keaslian yang ada seperti di Korea. Sebab itu ia menjadi kegilaan ramai orang bila dah makan sekali nak lagi.

Peli Crunchy Chicken


Kat sini memang mengutamakan hidangan ayam goreng dan ada pelbagai perasa ayam goreng yang di sediakan. Jom Maha cite antara hidangan yang paling Maha suka dan juga hidangan2 lain yang menarik di sini. Paling senang nak makan dan boleh di nikmati untuk semua peringkat usia iaitu Peli Crunchy Chicken. Ayam goreng yang garing dan lembut di dalam bersama dengan sos kuning memang terbaik.

Peli YangNyeom Chicken Garlic

Peli YangNyeom Chicken Original

Peli YangNyeom Chicken Spring Onion

Tu baru yang original tiada perisa lain tapi kat sini ada lagi 5 ayam goreng dengan perisa yang memuaskan hati untuk makan. Kalau tak nak pedas boleh cuba ayam goreng perisa Peli YangNyeom Chicken Original dan juga Peli YangNyeom Chicken Spring Onion serta Peli YangNyeom Chicken Garlic. Tiga2 ni sedap dan kalau perisa original ni memang rasa sos yang di gaul dalam ayam goreng rangup. Manakala spring onion tu dapat rasa pedas bawang dan garlic tu mestinya rasa bawang putih yang ketara.

Peli YangNyeom Chicken Hot Spice

Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ

Dua lagi perisa ini agak rasa pedas di mana yang satu ni level pedas tahap 2 iaitu Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ. Masih boleh makan tapi di akhir rasa ayam goreng ni boleh dapat rasa sedikit pedas di tekak. Manakala yang satu ni memang paling pedas dan terangkat bila makan. Ayam goreng perisa Peli YangNyeom Chicken Hot Spice ini adalah pedas tahap ke 3. Memang kalau tak tahan hanya boleh makan seketul sahaja dan cukup. Tapi Maha boleh juga habiskan ayam goreng pedas ini, nak tahu tahap kepedasannya kena cuba sendiri ayam goreng ni.

Peli Chicken Fillet Rice

Bagi yang suka hidangan ayam dengan nasi juga ada kat restoran ni. Specialnya kat sini ayam dengan nasi yang di panggil Peli Chicken Fillet Rice mengandungi daging ayam dan juga telur goreng serta Korean Fragrant Rice dan juga sedikit salad. Set ni lengkap sangat untuk korang cuba dan juga untuk kanak2 sesuai tak pedas dan mengenyangkan.

Biggie Drum Burger

Manakala yang nak makan ala burger juga ada di sediakan di restoran ini. Burger ayam yang special ini di hasilkan di beri nama Biggie Drum Burger di dalamnya ada patty daging ayam goreng garing, di lapis dengan telur goreng, cheese dan juga salad bersama bun yang lembut dan enak. Kalau yang burger daging ikan pun ada juga boleh pilih.

Pelicana Value Platters

Paling untung kalau datang dengan keluarga dan juga anak2. Kat sini ada set khas iaitu Pelicana Value Platters  untuk satu keluarga yang menyediakan semua sekali hidangan yang ada kat sini. Ada ayam goreng dengan perisa yang korang boleh pilih sendiri, kemudian ada french fries, nugget, nasi Korea, Musaengchae Seasoned Radish dan juga Seaweed salad. Hidangan ni lengkap bersama dengan minuman soft drink harga juga berpatutan.

Forest Fruit Yoghurt

Untuk minuman pula kat sini ada macam2 minuman softdrink dan juga minuman dari korea seperti Milk Soda pelbagai perisa, Smoothie Series, Pelicana Signature Mocktails dan banyak lagi. Paling best kat sini ada juice semulajadi buah-buahan yang di hasilkan 100% daripada sumber buah asli yang di proses perlahan. Jadi hasil air lebih original dan asli rasa buah.


Korang yang nak rasa ayam goreng original Korea meti kena datang cuba kat sini. Pelicana Chicken Restaurant ni memang tak lari dari kesedapan ayam goreng yang di hasilkan dan juga perisa yang asli dari Korea. Memang berbaloi makan ayam goreng sini tak ada rasa di tempat lain. Restoran ni di buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 9.00malam. Jadi tak ada alasan untuk ke Korea kalau nak makan ayam goreng kat e@Curve Mutiara Damansara dah ada. Selamat menjamu selera semua.

PELICANA CHICKEN RESTAURANT
Alamat : E-Curve Mall (Next to IKEA)
               Level 1, Lot 1-43, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Tel: 03-7732 0087








0 Pandangan: