#SehatiSejiwa,

Baru Tahu Scha Alyahya dan Awal Ashaari Sehati Sejiwa Suka Makan KFC

Rabu, September 16, 2015 Mahamahu 0 Comments

Baru Tahu Scha Alyahya dan Awal Ashaari Sehati Sejiwa Suka Makan KFC - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak sangkakan sebenarnya pasangan suami isteri Scha Alyahya dan Awal Ashaari suka makan KFC. Semperna dengan sambutan hari Kebangsaan dan tema #SehatiSejiwa tahun ini KFC dengan bangga meraikan peminat setia dan juga penggemar makanan KFC bersama dua selebriti ini.



Malam yang berlangsung dengan meriah dan penuh rasa KFC tu begitu ceria dengan di hadiri lebih daripada 100 orang peminat dan juga media di malam KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal. Malam itu juga turut di raikan peserta peraduan yang di adakan oleh KFC sepanjang bulan Kebangsaan ini. Sikit Maha cite pasal peraduan #SehatiSejiwa KFC ini di mana peserta perlu mengambil gambar bersama makanan KFC yang di order secara delivery di talian 1300-222-888 dan juga secara online www.kfcdelivery.com.my


Peserta kemudiannya dikehendaki untuk memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook mereka atau laman Facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCdelivery dan #SehatiSejiwa. Pemenang kemudiannya dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar berserta slogan yang menarik. Lebih beratus penyertaan di terima oleh pihak KFC dan pada hari itu seramai 30 orang yang bertuah telah di jemput hadir memeriahkan lagi majlis.



Pada malam tu lah 10 orang pemenang saguhati dan juga pemenang utama di umumkan oleh pihak KFC dan di raikan. Pemenang hadiah pertama membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala pemenang kedua membawa pulang wang tunai RM1,300 dan ketiga RM1,000. Manakala saguhati masing2 menang wang tunai RM200 setiap seorang.



Malam tu juga pasangan Shcawal memang cukup sporting meraikan peminat KFC dan juga peminat mereka sendiri yang turut hadir. Selepas majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang di adakan pula game bersama peminat dan juga Schawal. Meriah gila malam tu dengan gelagat dan gelak tawa peminat dan juga media yang hadir. Juga di adakan sesi bergambar bersama Schawal dan peminat mereka.


Selain daripada aktiviti permainan semua tetamu juga di hidangkan dengan makanan yang enak2 terdiri daripada ayam KFC. Juga makanan lain yang enak2 pada malam tu membuat Maha dan juga tetamu lain seronok sangat dapat berhibur. Apa pun terima kasih KFC meraikan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia dengan cara tersendiri untuk menyemarakkan semangat cinta negera. Moga lepas ini banyak lagi aktiviti dan peraduan daripada KFC untuk semua peminat makanan yang telah berada di Malaysia lebih 30 tahun. Selamat menjamu selera semua selamat makan KFC.










0 Pandangan: