Applikasi Telephone,

5 Sebab Kenapa Korang Kena Guna Applikasi OpenSnap Untuk Cari Tempat Makan

Rabu, September 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

5 Sebab Kenapa Korang Kena Guna Applikasi OpenSnap Untuk Cari Tempat Makan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bukan sahaja Maha yang kena guna apps ini tapi korang juga sebagai peminat makanan dan juga food hunter yang suka cari tempat makan menarik dan terbaru patut gunakan applikasi OpenSnap ini. Sebab Maha dah mencuba dan merasai bagaimana apps ini mampu membantu untuk mengesan wahh, mencari lokasi tempat makan yang dekat dan juga di rekmen oleh kawan2.

Tapi sebelum guna kenalah download dulu apps ini dari Play Store untuk pengguna Android dan juga pengguna App Store untuk pengguna iPhone. Semua adalah percuma sahaja tak perlu kuar apa2 kos pun Maha sendiri dah download. Bila firstime masuk tu kena login dulu jadi ahli gunakan Facebook akaun atau juga email mana2 yang korang selesa. Lepas download dalam masa 10 minit, Maha dah faham untuk menggunakan apps OpenSnap ni. Mudah sangat-sangat. Meh sini Maha kongsikan 5 kelebihan applikasi ini buat korang yang nak mencari tempat makan menggunakan smartphone korang. 


1) Cari dengan cepat dan mudah restoran yang kawan korang pernah pergi

Selalunya kalau kita nak cari tempat makan menarik ni mesti kita akan tanya kawan yang terdekat tentang pendapat mereka bukan. Samalah konsep dengan OpenSnap ni di mana korang boleh cari berdasarkan nama restoran atau juga lokasi restoran tersebut dengan mudah dan cepat. Lepas tu korang boleh tengok ulasan yang telah di keluarkan oleh mana2 mereka yang pernah pergi ke restoran tersebut.


Lagi mudah kalau korang tak tahu nama restoran atau lokasi korang boleh cari menggunakan nama menu yang kawan korang pernah cuba. Contoh macam Maha nak cari Tomyam Seafood yang sedap jadi Maha type sahaja nama menu dan search nanti akan keluar semua restoran yang di rekmenkan makanan Tomyam yang menarik. Dari situ korang boleh pilih dan lihat lokasi yang berhampiran atau juga boleh baca rekmendation dari mereka yang pernah mencuba. Senang kan.

2) Bookmark restoran kegemaran yang anda jumpa

Kadang2 tu kita cari retoran lain tapi kuar banyak restoran yang menarikkan. Korang tengok gambar dan juga rekmendation dari mereka yang pernah cuba macam menarik Cuma tak dapat nak pergi semua tempat dalam satu masa. Jadi kini korang boleh Bookmark kan restoran2 atau mana2 dish yang korang rasa menarik dan nak cuba di masa akan datang.


Bila dah Bookmark ni nanti mudah lah korang nak cari semula restoran tu hanya masuk apps ini semula dan click Boorkmark tu dan akan tersenari semula semua restoran atau makanan yang korang pernah baca dan nak cuba. Jadi tak perlu nak taip semula lokasi mana senang bukan nak cari tempat makan dengan apps OpenSnap ni.

3) Personalised lokasi restoran yang selalu anda kunjungi

Dalam apps ini juga korang bukan sahaja boleh cari lokasi untuk makan tapi korang boleh cutormisekan semula lokasi restoran yang selalu korang kunjungi dalam apps ini. So lepas ini kalau ada kawan2 yang nak Tanya korang tempat makan yang menarik pernah korang pergi hanya click sahaja lokasi yang telah korang customize kan tu dengan mudah dan cepat.


Lokasi yang di sediakan itu telah tersenarai semua restoran yang ada berhampiran untuk korang pilih nanti. Contoh macam Maha pilih lokasi ‘Bangsar’, korang hanya perlu click lokasi dan ada senarai banyak restoran yang menarik di sekitarnya. Dalam lokasi tu juga ada beberapa kawasan berhampiran yang telah di kumpulkan untuk memudahkan korang cari.

4) Fungsi Paparan peta

Tapi kalau tahu nama restoran dan tahu lokasi restoran tapi tak tahu nak tuju hala mana susah jugakan. Jadi dalam apps OpenSnap ni mereka telah sediakan fungsi paparan peta lokasi tempat makan yang korang cari tu. Contohnya bila korang ada dekat area tengah2 KL nak cari tempat makan tak tahu mana nak tuju. Buka OpenSnap ni dan click ‘Nearby’ dan akan papar senarai restoran berhampiran dan click pula ‘Tap to view map’.  Akan keluar senarai restoran berhampiran anda dalam bentuk Google Maps.


Jadi lepas tu senang korang nak tuju hala kemana untuk cari restoran ni kan. Tak perlu lah nak buka waze pulak lepas tu. Semua telah di tag dengan teratur dan mudah. Apps ini akan paparkan alamat dan juga jarak restoran tu dengan lokasi di mana korang berada. Jadi boleh plan masa dan ketepatan korang untuk ke restoran tu tak perlu tunggu lama.

5) Lihat foto makanan terbaru yang di update di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia

Ini adalah antara kelabihan yang ada dalam apps OpenSnap ni iaitu korang boleh melihat gambar makanan yang sedap di upload oleh orang ramai di seluruh Malaysia. Korang juga boleh upload gambar makanan yang korang cuba sendiri di mana2 sahaja restoran yang korang rasa nak kongsi dengan pengikut lain. Mana tahu nanti mereka boleh bagi pendapat tentang tempat makana tersebutkan. Dalam apps ini juga korang boleh tengok beberapa produk OpenSnap yang telah di senaraikan oleh penggemar sebelum ini. 


Paling best gambar makana boleh di upload terus dengan mengguankan phone korang dan terus boleh di review oleh orang lain dan boleh di Bookmark oleh mereka yang nak mencuba nanti. So korang juga boleh jadi Food Teaser untuk satu2 tempat yang baru dan menarik. Tak rugikan kita kongsi apa yang best pada orang lain.

Restoran Halal

Sebanarnya banyak lagi yang Maha nak cite dalam apps ini pada korang. Tapi korang boleh cuba sendiri kat rumah mudah jer. Banyak lagi korang boleh explore dalam ni korang boleh cuba restoran yang di cadangkan oleh Editor. Korang boleh cari makanan bukan sahaja kat Malaysia tapi beberapa negara luar yang ada dalam senarai OpenSnap ni. Bagi orang muslim lak boleh cari restoran yang ada Halal dengan click pada bahagian ‘Halal’ dan senari restoran Halal semua keluar.  Tak susah nak mancari tempat makan Halal kat Malaysia ni.


Jadi korang nak tunggu apa lagi? Downloadlah applikasi OpenSnap sekarang juga di smartphone korang dengan hanya menaip ‘OpenSnap’. Kalau guna laptop, boleh terus ke www.opensnap.com/en/klangvalley.  Daftar hari ni dan terus boleh guna untuk mencari tempat makan best seluruh Malaysia ok. Selamat menexplore dan selamat menikmati hidangan hebat melalui apps OpenSnap ok.






0 Pandangan: