Hari Lahir,

Sambutan Rumah Terbuka Dan Hari Lahir Pak Tam Pemilik Restoran Tam Nasi Ayam

Selasa, Ogos 18, 2015 Mahamahu 0 Comments

Sambutan Rumah Terbuka Dan Hari Lahir Pak Tam Pemilik Restoran Tam Nasi Ayam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah habis rupanya bulan Syawal tapi sambutan Hari Raya rumah terbuka masih di adakan kerana itu semangat bersatu kita rakyat Malaysia. Hari Sabtu lepas Maha di jemput ke rumah terbuka pemilik restoran yang cukup popular di Shah Alam sapa lagi kalau bukan Pak Tam pemilik Restoran Tam Nasi Ayam.


Kebetulan pula hari lahir pemilik restoran tu juga pada tarikh hujung Syawal lepas jadi bersamaan tu juga mereka adakan sambutan ulangtahun kelahiran yang sederhana dalam majlis rumah terbuka tersebut. Di adakan di Restoran Tam Nasi Ayam bersebelahan dengan Aeon Big Shah Alam Seksyen 23. Kalau sapa2 yang pergi dapatlah makan nasi ayam percuma pada hari tu hehehe memang terbaik.



Dah lah semua orang tahu Nasi Ayam kat sini memang sedap dan menjadi bualan orang ramai kerana ayam yang di sediakan banyak pilihan. Kalau korang ada baca review makan yang Maha tulis tentang restoran ini sebelum ini mesti tahu tentang jenis2 ayam yang di sediakan. Maha pun rasa memang nak datang restoran ni selalu kalau ada area2 Shah Alam.



Rumah terbuka ni di buat untuk meraikan pelanggan2 yang telah menyokong kejayaan restoran ini kata pemiliknya Pak Tam. Ramai sangat tetamu yang datang pelbagai kaum termasuk warga asing yang juga pelanggan restoran ni ok. Kalau dah rumah terbuka mesti ada hidangan rayakan jadi kat sini ada macam2 makan selain nasi ayam. Kalau yang suka makan mee kat sini ada Mee Hoon Goreng dan juga ada Laksa yang memang menarik. 



Paling best Maha suka adalah kuah Lontong yang makan bersama dengan Nasi Impit dan juga sambal. Sedap gila Maha makan kuah Lontong ni rasa pedas dan juga ada kerangupan ikan bilis goreng dalamnya. Nanti korang kalau nak datang restoran ni boleh sangat dan di alu-alukan kerana ia di buka setiap hari tau makan pun sedap.



Apa pun Maha dan team #BloggerKakiMakan nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Pak Tam yang memang baik dan peramah. Moga terus berjaya dalam semua urusan bussines dan juga dalam kehidupan. Nanti boleh datang lagi restoran ini. Selamat menjamu selera semua ok.






0 Pandangan: