Mahamahu,

Rezeki Di Kongsi Bersama Tidak Akan Berkurang

Jumaat, Ogos 28, 2015 Mahamahu 0 Comments

Rezeki Di Kongsi Bersama Tidak Akan Berkurang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Betul apa yang di janjikan oleh Maha Esa buat kita umatnya semakin banyak rezeki di kongsi maka semakin banyak yang akan datang tidak sedikit pun berkurang sebenarnya. Macam tu lah yang Maha amalkan untuk bersama kongsi dengan sapa sahaja yang layak walaupun sedikit tapi yang datang kemudian itu pasti untuk kita.

Walaupun dalam kocek ni kadang2 kita ada beberapa ringgit sahaja untuk kita belanja tapi bila kita lihat ada orang yang lebih memerlukan itu lagi penting sebenarnya. Bantu seikhlas yang boleh kerana yang akan datang nanti lebih daripa apa yang kita bantu. Walaupun ia tak datang dalam bentuk wang ringgit tapi apa sahaja yang datang dan menggembirakan kita serta menyenangkan hati kita itu adalah rezeki sebenarnya. 


Kita sebagi umatNya kena besyukur tu adalah kerja kita. Jangan risau untuk membantu. Bukan Maha nak kata Maha ni baik sangat atau terlalu membantu tapi Maha yakin akan ketentuan itu. Itu yang membuatkan Maha rasa bila kita bantu orang lain In Shaa Allah Tuhan akan bantu kita nanti. Sebab tu mungkin sekarang rezeki Maha mana tahu next time rezeki korang jadi jangan marah atau kecewa.

Maha buat entry ini kerana Alhamdulillah rezeki sejak 2 3 bulan ini seperti tidak putus2 datang. Tak tahu yang mana tapi Maha bersyukur sangat kerana rezeki ni paling Maha tak duga. Dalam bulan ni Maha dapat percutian yang di taja. Lepas tu dapat hadiah GoPro yang lama di nantikan dan kemudian dapat pula hadiah berganda dengan percutian di Pulau Redang yang memang impian sekian lama sangat2 nak. Tu yang Maha maksudkan kerana rezeki tak datang hanya dalam wang ringgit tapi dalam pecutian, makan percuma dan semua ini juga adalah rezeki kita. Bersyukur tu lah tanggungjawab kita sebagai umatnya.








0 Pandangan: