Resepi Membuat Jelly Limau Rumah Terbuka Mahamahu Raya

Resepi Membuat Jelly Limau Rumah Terbuka Mahamahu Raya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Terima kasih Maha nak ucapkan kepada tetamu yang sudi hadir di rumah terbuka Mahamahu Raya minggu lepas. Memang korang semua awesomelah memeriahkan majlis rumah terbuka Mahamahu Raya siap bergambar dan post di Instagram lagi meriah korang.


Buat yang datang rumah terbuka Maha ramai tanya tentang satu pencuci mulut yang Maha buat sendiri. Jelly Limau yang ramai orang kata unik menarik dan tertarik. Belum rasa lagi bila tengok jer semua dah suka. Jadi Maha pun nak kongsi dengan korang semua tentang bagaimana nak buat Jelly Limau ini. Cara mudah dan bahan yang di perlukan juga sikit jer tak banyak.

Bahan2 untuk membuat Jelly Limau 

1) 10 biji buah Oren
2) 200 gram serbuk Jelly
3) 500 ml air kosong
4) Pewarna Hijau, Kuning dan Biru


Cara2 nak membuat Jelly Limau

1) Potong buah oren kepada dua bahagian dan keluarkan isi oren di dalamnya. Berhati2 semasa mengeluarkan isi agar kulit tidak terkoyak atau berlubang.
2) Panaskan air kosong dalam periuk dan masukan serbuk Jelly. Gaul sehingga sekata dengan api perlahan.
3) Tutupkan api dan kemudian bahagikan air Jelly tadi kepada 3 bekas berbeza dan masukan setitik pewarna dalam setiap bekas yang tadi.
4) Tuangkan air Jelly tadi ke dalam kulit oren yang telah di keluarkan tadi dan biar ia sejuk dan membeku. Peringatan keraja memasukan air Jelly kena di lakukan dengan cepat dan cermat kerana ia cepat membeku dan keras.
5) Kemudian masukan dalam peti sejuk untuk mempercepatkan proses pengerasan. Setelah keras boleh di potong untuk di hidangkan.

Mudah bukan cara nak buat Jelly Limau ini tak banyak kerja dapi leceh sedikit semasa proses mengeluarkan isi oren tersebut. Kena lakukan dengan berhati-hati dan cermat agar kulit oren tidak tercedera dan berlubang. Pastikan juga kulit oren yang hendak di gunakan adalah oreng yang berkilat dan cantik baru hasilnya elok.


Jelly Limau ini boleh di buat untuk bukan sahaja majlis rumah terbuka tapi juga untuk majlis hari jadi, majlis keraian dan bayk lagi. Maha tak try lagi menggunakan kulit buah lain tapi kalau nak cuba boleh guna buah selain oren iaitu buah Tembikai, buah Naga, buah Kiwi dan macam2 lagi yang kulit lebih keras. Selamat mencuba tau semua kawan2 nanti dah jadi bagi tau Maha ok. Selamat menjamu selera..








0 comment... add one now