Les' Copaque Jamin Air Minuman Upin & Ipin Bebas Dadah

Les' Copaque Jamin Air Minuman Upin & Ipin Bebas Dadah - Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ni kita di kejutkan dengan penyebaran berita melalu media social, whatapps dan macam2 lagi tentang air minuman Upin & Ipin positif ujian dadah. Maha mula2 baca agar terkejut dengan penyebaran ini tapi mujurlah diri ini tidak cepat melatah.


So sebelum menyebar berita itu Maha pun buatlah sedikit research melalui laman2 yang boleh di percayai. Memang betul ia adalah satu berita palsu yang telah di sebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tak tahu apa niat mereka tapi ia adalah berita yang telah di putar belit daripada laporan yang di keluarkan oleh pihak berwajib. Sebenarnya cerita macam ini.


Pihak polis telah menahan dan merampas beberapa botol minuman dari pelbagai jenama yang di gunakan oleh pengedar dadah dalam mengelirukan pihak polis. Mereka menggunakan botol2 minuman ini untuk menjual dadah di dalamnya ke kawasan yang lain agar tidak di hidu oleh pihak polis. Jadi antara botol2 minuman yang di gunakan termasukan botol minuman Upin & Ipin


Jadi bukanlah seperti mana yang di nyatakan dalam laporan palsu bahawa ujian terhadap air minuman Upin & Ipin mengandungi dadah. Itu semua adalah sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak dalam mengelirukan pengguna di Malaysia terutamannya. Jadi kepada ibu bapa atau adik2 yang suka minum air ini jangan percaya dan mudah terpedaya dengan sebaran yang tidak berasas ini.


Pihak Les' Copaque Sdn Bhd sendiri telah membuat penjelasan bahawa semua berita atau sebaran tentang air minuman mereka mengandungi dadah adalah tidak benar. Korang boleh rujuk laman Facebook rasmi Upin & Ipin sendiri. Selain itu juga pihak mereka telah mengadakan sidang media dalam menyatakan bahawa produk mereka adalah selamat dan dikilangkan dengan mengikut cara pengilangan sihat dan di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.



Pihak mereka juga telah membuat aduan polis tentang penyebaran ini dan kepada pihak yang masih terus menyebarkan berita palsu ini akan di ambil tindakan sewajarnya. Jadi kepada semua pengguna di luar sana sebelum dengar atau sebar sebarang berita tu kena pastikan ia adalah benar dan datang dari sumber yang sahih jangan main sebar jer. Yang jadi mangsa adalah orang kita sendiri nak mimun pun dah jadi was-was. Apa pun jangan bimbang Maha sendiri masih minum air Upin & Ipin ini sedap ok. Lepas ni boleh tonton cite Upin & Ipin lagi hehehe. Selamat menonton Upin & Ipin dan selamat membaca semua.