Duit Derma Tu Baik Hulurkan Pada Mereka Yang Betul2 Memerlukan

Duit Derma Tu Baik Hulurkan Pada Mereka Yang Betul2 Memerlukan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni kecoh tentang isu "Duit Derma" Maha pun mula tak faham knp ramai sangat update tentang dapat duit derma. Bukan sikit2 banyak pulak tu ada cecah sehingga 2.6 billion dalam akaun peribadi. Sapalah yang pemurah dan kaya raya sangat tu bagi duit derma begitu banyak. Knp korang tak bagi pada orang2 yang memerlukan.


Ramai lagi persatuan dan rumah kebajikan yang masih memerlukan bantuan dan derma. Dari bagi pada orang yang dah memang sedia kala kaya baik bagi pada rumah kebajikan ini. Kalau semua duit derma di salur pada arah yang betul mesti tak ada rumah kebajikan yang susah dan payah nak dapat dana untuk menguruskan rumah tersebut. Maha juga adalah buat sedikit kerja amal tak banyak tapi cuba membantu golongan yang memerlukan ini. Beberapa persatuan, individu dan juga rumah kebajikan yang boleh korang salurkan derma dan bantu.


Lokasi : Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam Selangor
Jumlah Penghuni : 45 orang 
Peringkat usia : 1 tahun - 12 tahun

Pusat jagaan ini sangat2 memerlukan bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti harian mereka bagi kanak-kanak yatim piatu dan juga asnaf. Kebanyakan penhuni di sini adalah kanak-kanak yang bersekolah memerlukan keperluan harian dan juga persekolahan mereka.



Lokasi : Kompleks MAB Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur
Jumlah Peserta : Tiada Rekod
Aktiviti : Menyediakan Pendidikan, kursus pemulihan, latihan vokasional dan perkhidmatan penempatan

Persatuan ini telah di tubuhkan pada tahun 1951 lagi dan memberi latihan dan juga ilmu kepada golonga kelainan upaya ini. Mereka di latih untuk menguruskan diri dan juga bergaul dalam masyarata dan tidak di sisihkan. 



Lokasi : Lot 327, Tingkat 2, Ampang Park Shopping Centre, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Jumlah Peserta : Tiada Rekod
Aktiviti : Menyediakan ruang untuk mereka melahirkan hasil karya seni lukis dan menjual kepada orang ramai

Satu lagi persatuan yang di tubuhkan sejak 57 tahun lalu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan ini untuk mencari pendapatan sendiri melalui seni lukisan. Kabanyakan hasil lukisan di jadikan kad raya, kalender, paper beg, cenderamata dan banyak lagi.


Lokasi : No. 51, Jalan Seroja 1/1, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor,
Jumlah Penghuni : 50 orang
Peringkat usia : 1 tahun - 12 tahun

Rumah yang di bina khas ini menempatkan keseluruhan kanak-kanak lelaki yatim dan juga golongan asnaf. Mereka memerlukan bantuan untuk aktivit harian mahupun untuk kelengkapan sekolah mereka.

Tengok banyakkan korang boleh hulurkan derma kat persatuan dan rumah2 kebajikan ni. Buat apa bagi kat bapak kaya tu dah sah2 memang dia banyak duit. Korang boleh lah buka mata dan lihat sendiri apa yang terjadi. Jadilah orang yang memberi kerana orang memberi lebih baik dari orang yang menerima. Tapi tak semestinya orang yang menerima itu tidak baik tapi mereka kurang bernasib baik sahaja. Apa pun jom tambah pahala hulurkan bantuan.