Buah-Buahan,

Tips Untuk Memilih Buah-Buahan Yang Segar Dan Berkhasiat Di Pasar

Rabu, Julai 29, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tips Untuk Memilih Buah-Buahan Yang Segar Dan Berkhasiat Di Pasar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sejak dua menjak ini Maha rajin post pasa kempen 1 hari 1 buah. Bukan apa Maha nak didik diri ini untuk mengamalkan makanan buahan2 yang banyk kerana buah makanan yang sihat. Maklumlah dah banyak sangat pergi review sana sini jadi kadang2 makan tu tak tekawal.


Kalau ada sapa kawan2 yang nak ikut boleh kalau ada idea buah yang lebih baik dan sihat boleh kongsi dengan Maha. Nanti boleh buat review kat blog ini macam Maha buat pasal buah cherry yang post yang lepas. Tapi kalau makan buah tak tahu mcm mana nak pilih buah yang segar dan baik tak guna jugakan. Maha ada beberapa tips yang Maha amalkan ketika membeli buah-buahan di pasar. Jom kita tengok macam mana Maha pilih buah2 yang segar dan sihat.

Tips untuk memilih buah-buahan yang segar dan sihat :-

1) Pergi pasar segar yang berhampiran dengan anda atau kedai yang sentiasa mengambil stok buah-buahan setiap hari kerena mereka mengutamakan kesegaran. 

2) Mula-mula lihat pada warna dan juga bentuk buah biar warna yang cerah dan betuk yang cantik ia menunjukan buah itu masih segar dari ladang. 

3) Kalau buah-buahan yang berbau seperti buah Mangga, buah Durian, buah Cempedak dan banyak lagi pastikan anda hidu buah itu dan ia mengeluarkan bau yang wangi baru beli.


4) Pastikan korang pilih buah yang kulitnya licin dan tiada bintik2 hitam kerana kadang buah yang berbintik sudah di jangkiti penyakit.

5) Pantang sekali kalau pergi memilih buah anda picit-picit buah tersebut kerana untuk merasa kelembutan. Tindakan itu akan membuatkan buah itu cepat lebam dan rosak bagi pengguna lain yang hendak membeli. Jadi lihat dan hidu sahaja jagan picit2 tau.

6) Paling penting kalau buah yang bertangkai pastikan korang pilih tangkai yang masih hijau ia menunjukan buah itu masih baru di petik. Kalau yang tidak bertangkai tengok pada bekas tangkai tu untuk melihat adakah ia sudah lama atau segar.


Itulah beberapa tips yang Maha amalkan ketika untuk memilih buah-buahan di pasar agar kita dapat hasil yang memuaskan. Bukan salah nak pilih buah yang telah beberapa hari ada kat pasar tapi untuk buat makana binatang peliharan ok lah. Kalau manusia mesti nak yang terbaik bagi badan merekakan. Apa pun terpulang pada diri sendiri untuk makan buah atau tidak yang penting kita sihat. Selamat menjamu selera ok...







0 Pandangan: