Dapur,

Resepi Sahur Paling Mudah Dan Sihat Mission Burger Wraps Dari Dapur Mahamahu

Khamis, Julai 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Resepi Sahur Paling Mudah Dan Sihat Mission Burger Wraps Dari Dapur Mahamahu- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak update resepi dari Dapur Mahamahu ni untuk kawan2 semua. Bulan puasa ni banyak pula resepi yang Maha sempat cuba untuk berbuka dan bersahur. Tapi yang penting mudah cepat dan sihat untuk korang cuba. Jom tengok resepi baru ini khas daripada Mission Wrap ni ok.


Nama resepi ini adalah Mission Burger Wraps  memang cukup mudah dan sihat kerana ada daging dan juga sayur salad segar dan lain2 sayuran. Maha cuba buat resepi ni waktu makan sahur tak lama pun masa di ambil hanya 15 minit sahaja. Kalau rasa nak cuba boleh lah ikut kemahuan sendiri nak guna daging atau ayam. Maha mudah jer guna daging burger lagi senang nak masak. 



Bahan2 yang di perlukan

1 Keping daging burger
1 Keping Mission Wraps Onion & Chive
1 Biji Tomato
1 Biji Bawang Besar
3 Biji Cili Padi
2 Helai daun Salad
Mayonis Black Papper
Sedikit Cheddar Cheese


Cara penyediaan

1) Bakar daging burger atas kuali dengan minyak yang sedikit. Setelah daging burger setengah masak taburkan cheese di atasnya agar cair bersama.
2) Kemudian goreng Mission Wraps Onion & Chive di atas kuali tanpa minyak. Goreng sehingga sedikit garing untuk mengapatkan kerangupan ketika menikmatinya nanti.
3) Susun sayur seperti daun salah dan sayur yang telah di potong nipis iaitu bawang besar, tomato dan cili padi di atas Mission Wraps Onion & Chive yang telah di bakar tadi.
4) Kemudian isikan pula mayonis black paper tadi di atasnya untuk mendapatkan rasa sos yang lebih pekat dan pedas.
5) Letakkan daging burger yang telah di masak tadi di atas lapisan sayur dan mayonis yang telah di susun. Akhirkan lapisan dengan salad segar sekali lagi untuk mendapat rasa yang lebih fresh.
6) Lipatkan Mission Wraps Onion & Chive tadi menjadi separuh bulat. Mungkin wraps tu agak rapuh dan patah tapi ia akan memberi rasa kerangupan dalam hidangan ini.
7) Potong dua dan bleh di hidangkan untuk makan seorang. Tapi kalau yang makan sikit tu boleh kongsi. 




Senang bukan nak buat resepi Mission Burger Wraps yang Maha makan sahur ni. Korang boleh cuba juga untuk makan berbuka. Kalau hari biasa boleh buat menu sarapan lagi sihat. Kenap Maha menggunakan produk Mission kerana ia di jamin Halal, mudah untuk di sediakan dan mudah untuk di simpan. Jadi kalau korang rasa tak ada masa resepi ni adalah mudah untuk di cuba terutama orang bujang. Selamat bersahur dan selamat berbuka.

MISSION WRAPS







0 Pandangan: