Mahamahu,

Menu-menu Pilihan Untuk Rumah Terbuka Raya Mahamahu

Selasa, Julai 07, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menu-menu Pilihan Untuk Rumah Terbuka Raya Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tiba2 waktu tengah bersahur sambil makan #MameeChefLontong dengan kawan2 serumah datang idea untuk buat rumah terbuka tahun ini. Sebenarnya sebelum ni Maha memang pernah 2 kali buat rumah terbuka dengan kawan2 serumah. Tak adalah besar sangat maklumlah rumah apartment bujang kecil jer. Sekadar menjemput rakan2 terdekat, rakan sepejabat dan juga rakan2 blogger. 


Program dwi tahunan tu dah macam lama Maha tak buat. Teringat lagi masa buat tahun 2011 firstime nak buat open house. Memang gigihlah bersama rakan2 serumah untuk fikirkan apa menu yang nak dihidangkan kepada tetamu yang nak datang. Pada kawan2 yang tak tahu lagi sebenarnya Maha ni bolehlah memasak setakat masakan tradisional dan juga masakan Melayu tu tak jadi masakan. Jadi fikir punya fikir kami memang banyak idea untuk menu rumah terbuka tahun tu. 


Menu pertama sekali wajib mesti ada Mee Rebus memang tu satu yang mudah dan senang untuk di buat. Tahun tu lah Maha bangun pagi sesudah subuh untuk pergi membeli barangan di pasar Besar Selangor. Memang satu pengalaman baru untuk masak bagi kawan2 datang makan. Dalam hati  memang ada rasa takut adakah sedap atau tidak. Alahamdulillah feedback dari tetamu yang datang semua kata sedap dan menarik hehehe kembanglah kejap. Selain tu juga, menu wajib lain tu mestilah ada seperti Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Rendang Ayam dan juga menu paling utama iaitu Daging Masak Dindeng Bonda. Sebenarnya menu inilah yang telah membawa kejuaran kepada Maha dalam pertandingan memasak. Resepi turun temurun daripada bonda tercinta. 


Emak Maha pun memang seorang yang pandai memasak jadi tak pelik lah kalau orang kampong dah memang kenal dengan kehebatan emak memasak. Maha bangga dapat seorang emak yang cukup mahir bukan sahaja dalam memasak tapi dalam menyediakan bahan masakan untuk orang kampung makan. Eh dah melalut lak Maha ni cite pasal emak pula. Back to the main point iaitu menu wajib open house yang Maha pernah masak.


Tu pengalaman tahun 2011 dan kemudian kali kedua Maha buat open house adalah pada Raya 2013. Kali tu juga Maha memasak dengan kawan2 housemate yang sama dan juga di rumah yang sama hehehe. Tahun tu menu agak banyak juga Maha dan housemate masak, tapi tahun tu special sebab ada dapat tajaan. Kali tu Maha buat lebih meriah dan tetamu yang datang juga lebih ramai. Specialnya menu masakan untuk tahun tu adalah Mee Lontong. 


Teringat sangat pada hari open house tu memang tak ada idea nak masak apa. Tapi sebab nak mudah cepat dan senang semua sepakat nak masak Mee Lontong. Walupun bukan orang Johor tapi Maha tetap belajar bersama housemate cara nak buat Mee Lontong. Apa lagi kali tu Google lah tempat rujukan selain daripada emak tercinta. Bila sebut pasal Mee Lontong teringat pula pada #MameeChefLontong yang tengah makan untuk sahur ni. 


Memang kelakar sangatlah pada tahun tu, Maha paling tak lupa sebab ramai kawan2 blogger turut hadir memeriahkan majlis. Bila mereka makan Mee Lontong Maha semua terus terpegun bukan kerana tak sedap tapi kerana dalam kuahnya ada banyak sangat bahan2 yang Maha masukkan hehehe. Memang mereka puji lah masakan Maha bukan nak bangga diri tau tapi memang ramai kata sedap. Selain tu juga ada menu2 laing yang kami masak untuk rumah terbuka tahun tu seperti Ayam Masak Merah dan Nasi Kuning, Kuah Kacang dan Nasi Impit dan juga menu wajib Daging Masak Dindeng Bonda


Tahun ni Maha cadang nak mengimbau kembali memori open house pertama dan kedua. Insha Allah dengan izin-Nya kalau panjang umur murah rezeki tahun ini akan ada lagi open house kat rumah Maha. Kali ni nak gabungkan hidangan dulu iaitu Rendang Ayam dan Daging Masak Dindeng Bonda serta nak masak Mee Lontong dengan menggunakan #MameeChefLontong lah. 



Sebab bila makan #MameeChefLontong ni memang dapat terasa keaslian rasa kuah Lontong. Paling best mereka menggunakan teknologi mee tarik yang mana mee lebih kenyal dan perlu di rebus selama 4 minit. Jadi tahun ni kalau ada open house Maha menu wajib mesti #MameeChefLontong untuk korang semua. Kalau nak cuba kena datang rumah terbuka Maha nanti Insha Allah. Sekarang pun korang leh rasa #MameeChefLontong ni dah ada kat pasaran pun. Maha semasa sahur makan #MameeChefLontong sebab tu ada idea nak pilih menu special open house tahun ini. Tunggu pengumuman dari Maha ok. Korang boleh layari laman Facebook Mamee Chef untuk ketahui semua tentang Mamee Chef baru ini. Selamat mencuba ok.

Facebook Mamee Chef : www.facebook.com/mymameechef








0 Pandangan: