Harvey Norman,

Harvey Norman Lancar Sudut Baru Concept Memasak di IPC Shopping Centre

Khamis, Jun 11, 2015 Mahamahu 0 Comments

Harvey Norman Lancar Sudut Baru Concept Memasak di IPC Shopping Centre - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau suri rumah memang sukalah lengkapkan peralatan dan pekakasan memesak dengan teknologi terbaru dan tercanggih. Jadi kalau anda nak cari yang terbaru dan tercanggih semuanya ada di Harvey Norman, dimana mereka baru sahaja melancarakan sudut berkonsepkan barang memasak. Ia di mulakan dengan cawangan IPC Shopping Centre Mutiara Damansara





Di sini di sediakan dengan pelbagai barangan terbaru dari jenama2 yang memang cukup popular peringkat antarabangsa. Di antara jenama yang selalu berada di Harvey Norman adalah seperti Belling, Bosch, Electrolux, Fagor, Kenwood, Miele, Smeg, Pacifia dan banyak lagi. Jadi ia adalah satu lokasi untuk anda mendapatkan barang yang menjadi idaman di dapur anda.



Baru2 ini Harvey Norman telah melancarkan sudut ini dengan acara memasak bersama dengan seorang chef yang cukup popular sapa lagi kalau bukan Chef Zam. Dalam acara pengenalan itu Chef Zam menyediakan 4 hidangan utama untuk tetamu sambil menggunakan produk2 yang tercanggih ada di Harvey Norman. 4 hidangan tersebut adalah makanan tradisional yang memang sedap dan popular di Pantai Timur iaitu Ayam Percik Terengganu, Solok Lada, Nasi Kerabu dan Sira Labu.






Walaupun chef memasak masakan tradisional tapi masih boleh menggunakan produk2 terbaru dan terkini kerana ia memudahkan tugasan memasak di dapur. Masa memasak juga jadi lebih mudah dan cepat tanpa sebarang masalah yang akan mencacatkan masakan anda. Hari itu juga kami di beri peluang untuk mencuba beberapa pekakasan yang ada di sediakan di sini, macam Maha dapat cuba membuat minuman buah-buahan yang segar dan lazat.






Selain itu, korang boleh menikmati keseronokan memasak dengan ganjaran khas dalam bentuk voucer runcit percuma apabila mereka membeli pakej memasak terpilih dalam tempoh promosi dari 5 hingga 21 Jun 2015 di mana-mana kedai Harvey Norman di seluruh negara (Tertakluk terma dan syarat). Bagi korang yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk terbaru dan promosi terbaru boleh layari laman sesawang mereka www.harveynorman.com.my. Selamat membeli belah.