Hadiah,

Contest Sitkom Yeos - Bila Mahamahu BerDubsmash

Selasa, Jun 09, 2015 Mahamahu 0 Comments

Contest Sitkom Yeos - Bila Mahamahu BerDubsmash - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang mesti tahu apa tu Dubsmash. Sekarang dah jadi trend mana2 orang akan buat satu video dalam Dubsmash. Macam2 cara dan juga gaya untuk menarik perhatian orang ramai dalam video Dubsmash mereka. Ada yang lucu ada yang memang kelakar gila tak kurang juga yang kena cerca.


Apa pun yang dibuat niat bukan nak sakitkan hati penonton tapi sekadar memberi hiburan ringan kepada penonton luar sana. Sekurang2nya mengurangkan tegangan dan juga memberi kecerian bila tonton Dubsmash korang. Maha pun dapat juga tempias bila terasa nak cuba buat Dubsmash sendiri. Tapi korang jang gelak ok bila tgk video Dubsmash Maha ni.


Cerita berkonsepkan kisah dalam filem popular Frozen. Bagaimana Elsa nak memujuk kakaknya yang merajuk dalam bilik dengan menggunakan minuman Yeo's. Apa jadi kena tonton video ini sepenuhnya mesti meriahkan hehehehe. Kalau korang rasa kelakar komen lah kat video ini ada dalam Youtube dan Instagram Maha ok.


Sebenarnya Maha buat video ini bukan saja suka2 tapi nak sertai contest anjuran Denaihati dan juga minuman popular Yeo's. Contest Sitkom Yeo's yang berlangsung sekarang untuk mereka yang telah mendaftar untuk program Sepetang Bersama Blogger atau SBB2015. Contest ini memerlukan korang untuk buat komik atau video lawak menggunakan produk Yougurt Yeo's.

Hadiah Istimewa (Untuk 3 Pemenang)
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s


10 saguhati
Produk Yeo’s bernilai RM50.

Jadi tunggu apa lagi jom sertai Contest Sitkom Yeo's bersama Denaihati untuk program Sepetang Bersama Blogger 2015. Pada yang belum daftar lagi boleh daftar kat sini sekarang juga hanya dengan bayaran RM30 sahaja. Banyak aktiviti menarik dalam program tu dan juga dapat bertemu ramai blogger otai boleh tuntut ilmu nanti. Jumpa korang kat sana ok.

Facebook : @yeosmalaysia
Twitter : @yeosmalaysia
Instagram : @yeosmalaysia
WeChat : @yeosmalaysia
You Tube : @yeosmalaysia