Bumiputera,

5 Produk Bumiputera Yang Mampu Bersaing Ke Peringkat Antarabangsa

Selasa, Jun 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

5 Produk Bumiputera Yang Mampu Bersain Ke Peringkat Antarabangsa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha bukan setakat bagi review untuk tempat makan dan juga restoran sahaja. Maha juga turut mencari dan berkongsi dengan kawan2 produk makanan atau kesihatan keluaran tempatan yang mampu bersaing dengan produk luar. Kita tak kurangnya menghasilkan produk2 terbaik dan boleh sampai ke luar negara untuk di pasarkan.


Sudah pasti kalau produk bumiputera ini adalah di yakini bersih dan halal. Dari segi kualiti tiada tolok bandingnya kerana kebanyakan produk ini telah mendapat peniktirafan peringkat kebangsaan. Cuma mungkin langkah agak perlahan untuk gerak sampai terus ke luar negara. Adakah kekurangn pada promosi atau peluang yang kurang. Apa pun mari Maha senaraikan beberapa produk yang Maha sendiri dah cuba dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam dunia business makanan ini. 

5 Produk Bumiputera Tersedia Di Pasaran :

Makanan tradisional Melayu ini selalu menjadi kegemaran terutama bila berada di luar negara. Produk ini mampu untuk di bagi keluarga yang berada di luar negara, Tidak perlu masak hanya terus buka dan boleh makan. Kalau korang nak dapat maklumat lanjut boleh terus pergi ke link yang Maha telah sediakan. 

Makanan kambing adalah kalau kenduri atau majlis besar di hotel2 mesti menjadi tumpuan orang ramai. Makanan tradisional ini kini boleh di dapati dalam bentuk sejuk beku dan boleh terus di keluarkan untuk di masak. Cara penyediaan yang mudah dan cepat membantu anda untuk nikmati makanan kambing panggang dengan segera dan sedap. 

Produk ini adalah produk rempah ratus yang di gunakan untuk menyediakan perapan dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Hanya pelu buka dan boleh di perapkan pada daging, kambing, ikan, ayam mahupun semua makanan laut. Boleh di sediakan menjadi perasa bagi makanan anda tapi ia perlu di masak. Nak tahu lebih detail boleh klik link yang Maha sediakan.

Asam Pedas tidak di nafikan lagi menjadi menu dan hidangan di gemari hampir semua rakyat Malaysia. Banyak versi Asam Pedas ini mengikut negeri tapi yang Maha cuba ini adalah dari Negeri Melaka dan di sediakan dalam pek pes yang boleh di guna terus untuk memasak. Memang cukup rasa dan harga juga berpatutan untuk anda cuba.

Sebelum ini kalau kita nak makan Roti Boom paling kuat pun mesti kena pergi retoran mamak atau pergilah cari mana2 kedai yang ada jual. Jauh sekali kalau nak buat sendiri di rumah sebab penyediaan yang agak rumit. Tapi kini Roti Boom ini telah tersedia dalam bentuk sejuk beku yang boleh di simpan berapa lama. Ia juga ada dalam pelbagai inti dalam Roti Boom ini bukan yang kosong sahaja tau. Nak tahu lebih detail boleh klik link yang Maha sediakan.








0 Pandangan: