Nikmati Yeolhana Steam & Grill Ala Korean Di Hotel Perdana Kota Bharu

Nikmati Yeolhana Steam & Grill Ala Korean Di Hotel Perdana Kota Bharu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang tahu apa makna Yeolhana? Sebenarnya Yeolhana bermaksud sebelas, sebab itu ia berada di Restoran eLeven tingkat paling tinggi di Hotel Perdana. Ini adalah entry sambungan Maha yang lepas tentang perjalanan di Kota Bharu dan juga Hotel Perdana. So makan malam Maha pada hari pertama tu adalah steamboat and grill.


Kali ni Maha nak ajak anda nikmati hidangan steam and grill ala2 Korean kenapa, kerana kat sini ada sediakan kimchi dan pelbagai lagi sos makanan Korea. Steam and grill ini mengandungi lebih daripada 100 jenis lauk pauk untuk anda nikmati. Kalau korang datang sini makan steam and grill ini memang puas hati sebab banyak sangat. 



 

Terutama bila tengok bahagian seafood kat sini banyak sangat. Paling best seafood ini telah di perap dengan rempah ratus yang unik seperti perasa Tom Yam, Black Paper, Kari dan BBQ. Selain daripada seafood ada juga daging ayam dan daging lembu turut di perap dengan rempah yang enak ini. Kalau di bakar di atas pembakar memang rasa cukup sedap unik lah.


 

Selain itu juga sayur-sayuran kar sini memang banyak pilihan semua segar2. Kalau korang tgk pada sayur2 ini memang selera nak makan ada sayur hijau, cendawan, sayur2 tempatan seperti kangkung, kubis dan mcm2 lagi lah. Bila makan steamboat ni kena seimbang ambil protien kena juga ambil vitamin baru lah selera bertambah. 







Pakej Yeolhana Steam & Grill ini ada di Hotel Perdana setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga 12 tengah malam. Harga pula amat2 bepatutan iaitu hanya RM65nett untuk seorang sahaja. Korang boleh datang sekeluarga atau dengan kawan2 kerana tempat ini sangat luas. Jom makan steamboat selamat menjamu selera semua.

YEOLHANA STEAM & GRILL
Hotel Perdana Kota Bharu
Tel : 09 745 8888
Email : sales@hotelperdanakotabharu.com






0 comment... add one now