Food,

Nasi Kukus Ayam Rempah Hanya RM3 Untuk Makan Tengah Hari Di U-Cafe

Sabtu, Mei 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

Nasi Kukus Ayam Rempah Hanya RM3 Untuk Makan Tengah Hari - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang nak cari kalau satu hidangan makan tengah hari hanya serendah RM3 sahaja. Tapi itu tidak mustahil di U-Cafe Wangsa Walk kerana di sana terdapat Nasi Kukus Ayam Rempah pada harga RM3 untuk tempoh terhada. Untungkan orang yang kerja sana atau jalan2 kat sana boleh dapat makan murah.



Promosi hebat ini di adakah di U-Cafe hanya untuk masa terhad dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang sahaja. Kalau korang cepat boleh makan banyak kali sebab murah sangat dan bepatutan. Jadi orang2 yanga jalan2 kat area Wangsa Walk ini boleh cuba makan di sini.

Nasi Kukus Ayam Rempah




Selain daripada Nasi Kukus ini kat U-Cafe ini terdapat juga makan2 lain yang enak dan pelbagai citarasa. Makanan western yang telah di improvise mengikut citarasa Malaysai dna juga dengan harga yang sesuai untuk orang kita makan. Maha pun sempat cuba beberapa menu lain yang ada di cafe ini mesti korang nak tahukan jom tengok.

Combo Platter

Seafood Platter

Deconstructed Caesar Salad

Yang ni adalah menu untuk pembuka selera yang memang menarik dan mengandungi pelbagai makanan. Seperti Combo Platter ini ada ayam goreng, kentang goreng bersama dengan 3 jenis sos yang menarik. Kemudian yang satu lagi ni Seafood Platter yang mengadungi sotong dan udang bersama mash potato. Yang satu lagi ni salad khas Deconstructed Caesar Salad yang menarik dan cukup sihat.

Carbonara With Egg Yolk

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop

Kalau korang yang suka makan pasta dan spaghetti kat sini ada dua jenis seperti mana korang tengok kat atas ni. Pilih lah mana satu antara Italian Carbonara With Egg Yolk dan Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop. Maha suka yang Carbonara tu memang best dan menarik. 

Signature Combo Mixed Grilled

Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Flying Fish Rice With Soy Sauce

Ini pula adalah hidangan menu utama yang menarik mengandungi daging kambing ada, ayam ada, dan juga ikan. Pilihlah mana satu korang nak cuba semua sedap ada Signature Combo Mixed Grilled, Sticky Grilled Premium Lamb Rack dan Flying Fish Rice With Soy Sauce

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf 

Bagi yang mesti kena makan nasi hidangan di atas ni sesuai untuk anda. Di antara menu yang ada adalah seperti Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice, Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf dan Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry.

Assam Laksa With Sardine Fish

Penang Curry Laksa

Juga mesti ramai diet kurangkan makan nasi dan daging tapi boleh cuba dua jenis hidangan mee ini. Yang ini tak pedas sangat tapi just nice untuk anda cuba iaitu Assam Laksa With Sardine Fish dan Penang Curry Laksa. Semua makanan ini telah di tambah dan di pelbagaikan untuk memberi kesedapan kepada peminat makanan mee ini.



Jadi tunggu apa lagi mai cuba hidangan yang menarik di U-Cafe Wangsa Walk ini kerana tak ada kat tempat lain yang harga sehebat ini. Kalau penat2 shopping jalan kat Wangsa Walk boleh istirehat dan makan atau minum di sini. Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam untuk mereka yang shopping di sini makan. Selamat menjamu selera semua ok.

U-CAFE WANGSA WALK
Tempahan tel : 6019-3133668 (Rachel)
Facebook : U-CAFE Wangsa Walk







0 Pandangan: