Burger,

Dara Lamb Burger Daging Burger Berjus Dan Tebal

Isnin, Mei 11, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dara Lamb Burger Daging Burger Berjus Dan Tebal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu kita biasa dengan ayam dara bukan bila nak makan nasi kukus jer mesti dengan ayam dara tak tahu kat mana daranya hehehe. Tapi kali ni kita makan pula kambing dara. Mesti tak pernah dengarkan tapi itulah kelebihan restoran Dara Lamb Burger.


Restoran ini berkonsepkan santai dan relax bila anda dtg menjejak kaki ke dalamnya. Tak besar mana pun restoran ini tapi susun atur dan juga lukisan dinding yang ada menarik perhatian. Burger di sini di hasilkan selepas dapat order dari pelanggan. Jadi burger nya memang sedap dan panas untuk di nikmati masih berjus lagi dagingnya. 


Kat sini ada banyak pilihan daging burger antaranya daging kambing yang memang menjadi menu pilihan di sini. Kemudian ada daging lembu dan juga daging ayam. Paling best sekali dan menjadi signature di restoran ini adalah KL Tower Burger. Ni paling tinggi sekali burger ada beberapa lapisan dalamnya termasuk lah daging kambing, ayam, kerbau, ayam belanda dan daging lembu. Semua di susun dalam datu burger di selang dengan cheese dan sayur-sayuran segar di dalamnya.


Yang ni memang puas sangat nak makan kalau sorang tak akan habis kena 4 org makan hehehe. Yang Maha sempat cuba hari tu kat restoran ini adalah Black Papper Glam iaitu burger daging kambing dengan sos lada hitam. Rasa black paper tidak begitu kuat tapi masih sedap dan berjus di dagingnya. Burger kedua yang Maha cuba hari tu adalah Malaysian Moo.


Burger ini ada dua lapisan daging lembu yang sedap dan berjus di dalamnya di apit dengan roti bijan dan di tengah2 ada cheese yang memang enak dan sedap. Kalau korang datang sana dan order korang boleh tgk tukang masak tu memasak daging burger depan mata korang. 



Semua hidangan ini boleh di dapati dalam bentuk set dengan air dan kentang goreng atau boleh ala cart. Pada yang nak cuba kambing dara kat sini boleh dtg ker Dara Lamb Burger memang special. Kat mana nak cari restoran ini hanya ada di Jalan Plumbun N7/N Seksyem 7 Shah Alam. Situ memang syurga makan jadi kalau dah ada kat sana cari lah restoran in ok. Selamat menjamu selera semua...