Kerana Jalan-Jalan Cari Makan Terus Pergi Review Restoran Papero

Kerana Jalan-Jalan Cari Makan Terus Pergi Review Restoran Papero - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kuat betulkan penangan Jalan-jalan Cari Makan kepada penonton di Malaysia. Maklumlah program makan yang telah bertahan lebih dari 14 tahun ini telah pun memberi peluang kepada ramai penggemar makanan seperti Maha ni. 


Baru2 ini tontonlah program Jalan-jalan Cari Makan yang di acarakan oleh Nazruddin Rahman memang teruja kerana satu tempat makan ni dekat jer dengan rumah. Tak tahu pula kat situ memang popular dengan makanan mediterranean jadi sebab tgk JJCM terus terasa nak cuba restoran ini. Nama restoran ini Papero terletak di Endah Promenade Sri Petaling


Bila sampai sana lepas tengok kat JJCM terus rasa nak cuba menu2 yang di perkenalkan. Konsep restoran ini ala2 fast food dan juga ada delivery kepada anda yang berada berhampiran. Restoran Pepero ni kecil jer bila ada kat sana hampir 80% pekerja mereka di bawa dari luar negara terutama negara Eropah. Chef2 kat sana semua memang pakar dalam masakan mediterranean jadi jangan risau kalau anda nak cuba makana original mereka.


Maha telah cuba beberapa menu yang agak menarik dan tiada di tempat lain. Kalau orang2 mediterranean ni kebanyakan adalah makanan berasaskan roti dan juga pizza. Kat sini juga ada pelbagai jenis pizza tapi Maha tak sempat cuba pizza. Tapi Maha telah cuba Special Beef Burger yang memang besar dan menarik. Dalam Burger ini ada patty yang di hasilkan sendiri dengan rasa rempah ratus yang menarik.

Special Beef Burger

Kemudian Maha cuba pula menu sandwich yang popular iaitu Julian. Dalam menu ni ada daging ayam bersama rempah dan juga sos enak yang di masak dalam roti yang di bungkus seperti bentuk Julian dan bersama bahan lain seperti Cheese dan juga hotdog. Makanan kat sini semua memang tak terlalu berempah tapi rasa macam ringan sahaja tapi masih boleh mengenyangkan.

Julian

Untuk pembuka selera Maha telah pilih Chicken Calzone iaitu hidangan seperti karipap tapi saiz yang besar dan mengenyangkan. Dalam menu ni pula ada daging ayam bersama dengan parmesan cheese dan juga cream sos. Memang sedap dan menarik untuk cuba ini. Last bagi pencuci mulut pula Maha telah pilih Banana Roll Crep. Untuk pencuci mulut ni pula kat restoran sebelah tapi pemilik yang sama memang menyediakan makanan pencuci mulut daripada coklat terbaik.

Chicken Calzone

Banana Roll Crep

Apa pun terima kasih kepada JJCM kerena telah perkenalkan tempat makan ini dapat lah cuba menu yang lain daripada lain serta unik. Kalau sapa2 ada nak rekmen tempat makan yang menarik dan unik untuk Mahamahu review jemputlah. Sentiasa terbuka untuk di review hehehe. Kalau korang nak maklumat lanjut Restoran Papero ini boleh layari laman facebook mereka di sini ok.

RESTORAN PAPERO








0 comment... add one now