Cuti-Cuti Malaysia,

Homestay Pilihan Buat Anda Yang Bajet Tapi Selesa Ketika Bercuti

Selasa, April 28, 2015 Mahamahu 0 Comments

Homestay Pilihan Buat Anda Yang Bajet Tapi Selesa Ketika Bercuti - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita untung sebenarnya kerana kat negara kita ini ada banyak sangat tempat percutian yang menarik. Salah satu yang paling best dan Maha suka pergi adalah Pulau Langkawi. Lagi untung pula negara kita ini ada konsep Homestay yang telah makin banyak seperti cendawan tumbuh ketika hujan.


Buat Maha telah pergi beberapa tempat percutian dan telah menggunakan perkhidmatan homestay ini. Ini sebab family suka homestay segala kemudahan untuk memasak dan membasuh ada jadi tak payah nak sewa hotel mahal katanya. Jadi Maha telah pergi beberapa homestay di lokasi yang menarik dan Maha boleh cadangkan kepada anda yang mencari homestay. Jom tgk beberapa homestay yang menarik yang pernah Maha singgah.

Homestay Bandar Kuching Sarawak 


Homestay ini Maha dapat daripada cadangan kawan2 yang pernah menggunakan perkhidmatan homestay ini. Kebetulan Maha nak pergi bercuti bersama keluarga 5 orang ke Bandar Kuching sahaja nak jalan2. Homestay ini adalah kawasan perumahan yang cantik dan moden. Segala keperluan yang di perlukan ada dalam homestay ini.






Ada 3 bilik kat sini ada 2 bilik air dan ada dapur untuk memasak. Paling best kat sini korang boleh memasak kerana ada dapur gas lagi. Bilik2 yang ada semua luas2 dan dengan katil yang mampu memuatkan lebih 6 org untuk satu masa. Jadi sesuai sangat untuk Maha ambil homestay ini, lagi senang kerana ia ada khidmat pemandu pelancong dan juga kenderaan. Maha pulun semua dapat harga yang promosi. Buat anda yang nak contact boleh hubungi abg ni kat sini ok.

Abg Ahmat
Tel : 019-8846806
Email : arisha081@hotmail.com



Homestay Pulau Langkawi


Ni satu lagi memang Maha pergi bercuti bersama keluarga lagi ke pulau Langkawi. Kebetulan waktu tu ada LIMA'15 pula kat Langkawi memang rasa berbaloi sangat bercuti bersama keluarga. Nak cari hotel semua dah penuh jadi ambil khidmat homestay untuk lebih mudah. Harga juga berpatutan dan juga kat sini Maha boleh dapat kereta sewa sekali.




Buat anda yang nak cari homestay kat Langkawi Maha cadang tempat ini kerana ia terletak tak jauh daripada lapangan terbang. Tapi kat sini tak mengadap laut lah kerana kawasan ini adalah kawasan kampung. Tapi rumah yang di sediakan cukup selesa kerana semua kemudahan ada seperti dapur memasak, mesin basuh dan juga peti ais lagi. Selesa dan rumah homestay ini boleh muat untuk 8 orang. Kalau korang nak dapatkan kidmat homestay ini boleh contact abg ni ok.

Abg Seta Abidin
Tel : 012-4723321











0 Pandangan: