5 Makanan Yang Perlu Di Elakkan Sebelum Tidur

5 Makanan Yang Perlu Di Elakkan Sebelum Tidur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha jarang kongsi tip atau petua seperti ini kerana tak ada idea sebab nanti orang kata tiru pulak kan. Tapi kali ini Maha nak kongsi beberapa tips makanan yang tidak sepatutnya anda ambil sebelum tidur. Ini kerana ada kawan Maha mengadu susah nak tidor dan kadang2 tidur tidak selesa asyik terjaga. Mungkin juga cara pemakanan anda mempengaruhi tidur anda. Apa pun jom kita baca apa yang Maha telah perolehi dari carian Google.

1. Makanan tinggi gula dan lemak

Makanan yang tinggi gula dan lemak lebih lambat untuk dicerna oleh tubuh badan, yang akhirnya membuat tidur tidak cukup tenang. Gula juga dapat mengganggu tidur anda kerana ia meningkatkan metabolisma anda jadi anda lebih aktif sebelum tidur.


2. Kafein

Kafein adalah minuman yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan jika di ambil sebelum tidur, anda mungkin merasa sangat susah untuk tidur, tergantung pada seberapa sensitif anda. Hindari dari minum kopi, teh, soda dan coklat sebelum anda tidur.

3. Makanan pedas dan bawang putih

Makanan pedas dan makanan yang mengandung bawang putih dapat memberi kesan rasa panas pada dada ketika di ambil sebelum tidur. Jadi baik hindari makanan ini sebelum anda tidur.

4. Kerepek dan makanan masin

Makan kerepek atau makanan masin sebelum tidur dapat membuat perut kembung sehingga membuat anda lebih sukar untuk tidur. Selain itu, makanan masin juga menyebabkan anda lebih sering ingin buang air kecil yang akan mengganggu tidur anda nanti.

5. Kekacang

Kekacang biasanya dianggap makanan sihat yang mengandung lemak tak tepu dan protein. Namun kacang mengandung beberapa natrium, yang tidak boleh dimakan sebelum tidur dapat memberi kesan kemampuan tubuh untuk tidur. Protein dan natrium bekerja dengan meningkatkan keaktifan otak yang akan mengganggu tidur anda nanti.


*Sumber dari google





0 comment... add one now