Dapur,

Sheila Rusly Kongsi Video Resepi Masakan Dari Dapur Mahamahu Di Facebooknya

Ahad, Mac 01, 2015 Mahamahu 0 Comments

Sheila Rusly Kongsi Video Resepi Masakan Dari Dapur Mahamahu Di Facebooknya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebenarnya Mahamahu ada buat channel kat youtube untuk update video2 masakan yang sempat Mahamahu rakam. Ada sesetengah itu untuk suka2 dan ada pula atas permintaan pelanggan hehehehe. Kali ni Mahamahu nak sharekan antara beberapa video youtube resepi masakan yang Mahamahu sempat buat.


Yang kat atas ini Mahamahu buat khas untuk program Sepetang Bersama Blogger dan yang di taja oleh Yeo's. Ada peraduan pada tahun itu jadi nak menang iPad mini Mahamahu buat video resepi minuman ini. Alhamdulillah video ini membawa tuah menang juga iPad mini semasa SBB 2014 yang lalu. Kalau sapa2 nak cuba buat minuman ini boleh lah share2 ok.


Video atas ini pula ada video khas untuk menyahut cabaran Raja Tarik. Mahamahu tak pernah buat teh tarik tapi dalam video ini pertama kali cuba. Tapi percaya tak sebenarnya Mahamahu buat berpuluh-puluh kali juga untuk dapat skill menarik teh ini. Bukan senang yer apa pun terima kasih kepada F&N kerana taja video ini. 


Last ini pula adalah sama juga produk dari F&N yang mengeluarkan susu pekat manis. Mahamahu gunakan untuk buat  resepi Apam Pelangi. Resepi belajar sendiri ini menjadi juga untuk hasilkan Apam Pelangi. Menarik comel kerana kecil2 dan berwarna-warni. Tapi yang lagi best sebenarnya video ini telah di share oleh artis popular juga tukang masak popular. Sapa lagi kalau bukan kak Sheila Rusly yang memang havoc dari program Ketuk-ketuk Ramadhan.


Jutaan terima kasih kepada kak Sheila Rusly kerana sudi share video ini kat wall facebook beliau. Patut tgk ramai viewer tiba2 jer meningkat. Korang boleh tengok komen kak Sheila dalam facebook beliau ni terharu sangat2. Kalau kawan2 rasa nak share mana2 video Mahamahu di alu-alukan dan boleh cuba resepi2 yang Mahamahu sediakan ini ok. Selamat mencuba semua....