Pengalaman Pertama Menyaksikan LIMA'15 Secara Langsung Di Pulau Langkawi

Pengalaman Pertama Menyaksikan LIMA'15 Secara Langsung Di Pulau Langkawi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat pertama kali Mahamahu dapat menyaksikan persembahan pesawat hebat dan juga kapal2 perang yang terbaru. Itulah dia kelebihan LIMA'15 yang telah berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2015 di Mashuri International Exhibition Center Pulau Langkawi.



Memang tak plan sebenarnya untuk menyaksikan LIMA'15 ini kerana semasa membeli tiket flight nak bercuti Langkawi pun tak tahu yang time tu ada LIMA. Kebetulan cuti dengan family jadi dah berkesempatan memang terus pergilah. Homestay kami tinggal tu pun tak jauh dengan Airport dan juga pusat pameran LIMA tu. Jadi boleh sangat berulang alik ker sana.


Tapi hari sebenar yang orang awam boleh masuk hanya pada 20 & 21 Mac 2015 jer. Jadi hari terakhir Mahamahu dan family 20 haribulan kami pergi sana. Petua bila anda nak datang melawat LIMA lain kali kena datang awal pagi kerana kat sana memang sesak dan ramai orang. Walaupun parking banyak tapi jalan akan jem kalau datang lewat nanti susah nak masuk lak.




Masa acara LIMA'15 ni belangsung cuaca kat Langkawi memang terlalu panas. Dah lah kawasan LIMA tu memang luas dan terbuka panas jadi lain kali kalau nak datang bawalah air meneral sendiri dan juga bawa payung kerana cukup panas. Ni untuk LIMA yang akan datang lah maklumlah acara dwi tahunan ini bukan selalu dapat tengok, bila ada peluang jangan di lepaskan kerana teknologi peperangan ini makin canggih.



Pengalaman paling menyeronokan dapat menyaksikan LIMA depan mata memang satu yang terbaik dan tidak akan di lupakan. Kalau korang ada peluang datang LIMA jangan lupa untuk menyaksikan sepuas2nya. Untuk LIMA'15 ini ia di adakan di dua lokasi berbeza iaitu untuk pameran udara di Pusat Pameran Mahsuri dan juga untuk persembahan laut pula di adakan di Resort World Langkawi. Untuk orang awam masuk kena bayaran RM10 manakala bagi warga emas adalah percuma. 



Jadi kalau korang nak tgk LIMA kena tunggu lagi 2 tahun baru akan di adakan semula. Apa pun ia adalah aktiviti yang menarik dan juga daya tarikan pelancong terbaik untuk negara kita. Kalau kawan2 nak bercuti Langkawi adalah tempat paling menarik untuk Mahamahu cadangkan kepada anda. Selamat bercuti semua ok....