Aktiviti,

Melaka Alive Persembahan Teater Gabungan 5 Unsur Tarikan Baru Di Bandar Melaka

Isnin, Mac 30, 2015 Mahamahu 0 Comments

Melaka Alive Persembahan Teater Gabungan 5 Unsur Tarikan Baru Di Bandar Melaka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan rakan2 sekalian. Korang mesti pernah pergi ke Melaka yang terkenal dengan bandar bersejarahnya. Mahamahu juga beberapa kali telah ke sana dan kali ini ada satu tarikan baru yang mesti anda kunjungi bila berada di Melaka.


Di kenali sebagai Melaka Alive adalah satu pentas persembahan teater yang menggabungkan 5 unsur utama untuk membuat kita terasa seperti berada di suasana yang sebenar. Unsur nyanyian dan tarian adalah yang paling utama dalam persembahan ini menggabungkan penari2 dan pelakon profesional. Selain itu juga unsur air dan api adalah satu lagi element membuat persembahan ini lebih nyata dan menyentuh penonton yang menyaksikannya. Akhir sekali unsur budaya yang di terapkan dalam setiap pementasan.





Melaka Alive ini adalah konsep baru dan juga daya tarikan baru untuk mendekatkan orang awam atau pelancong dengan keunikan sejarah Melaka yang cukup popular. Di pentaskan di atas pentas dengan bentuk Bahtera Merdeka dari konsep kisah Panglima Awang. Mengandungi persembahan yang di pancar dengan projektor di layar besar dan juga di sisir air pancut menjadi persembahan lebih interaktif.




Mahamahu yang pertama kali menonton persembahan ini juga sangat2 teruja kerana banyak element menarik dalam setiap persembahan menjadikan kita tidak bosan. Dalam satu pementasan mampu memuatkan lebih dari 100 orang penonton dan di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu hadapan dan atas, dimana bahagian depan paling dekat dengan semua element serta penonton boleh merasainya seperti pancuran air dan angin. 




Malam yang Mahamahu tonton itu menceritakan bagaimana asal usul negeri Melaka dan juga sehingga kepada penjajahan Melaka dan akhirnya menjadi pusat perdagangan paling popular dan terkenal di rantau Asia ini. Melihat pada telatah persembahan penari dan pelakon juga asyik sangat dengan kostum yang sesuai di zaman2 dahulu kala. Jangan risau persembahan malam tu menggunakan bahasa Enggeris sebagai bahasa utama di samping dengan alih bahasa kepada penonton lain jadi semua orang mudah faham.




Persembahan di Melaka Alive di adakan hanya pada hari Khamis hingga hari Ahad setiap minggu ini di adakan dua sesi persembahan iaitu pada pukul 7.30petang dan 9.00malam. Harga tiket juga berpatutan untuk anda nak saksikan persembahan selama lebih kurang 45 minit ini. Kawasan pementasan lebih selesa luas dan juga sesuai untuk semua peringkat umur kalau datang dengan seisi keluarga memang sesuai. 


Persembahan di sana bukan sahaja berkaitan sejarah tetapi di akhir persembahan akan ada persembahan silap mata. Ini untuk menarik minat orang ramai terutama kanak-kanak agak tidak bosan. Nak cari lokasi ini tak susah kerana ia betul2 berhadapan dengan Kota A Famosa dan juga Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka.


Jadi kalau anda berada di Melaka jangan lupa untuk singgah kat sini kerana ia adalah satu persembahan menarik dan unik. Nak maklumat lanjut dan juga aktiviti menarik yang di adakan di Melaka Alive boleh pergi ke laman sesawang atau laman Facebook mereka. Mesti seronok dan menarik selamat bercuti dan selamat menonton semua ok.

MELAKA ALIVE
Alamat : Melaka Alive, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka