Marmalade Cafe ~ Kafe Kejiranan Mesra Anda Di Bangsar Village II

Marmalade Cafe Kafe Kejiranan Mesra Anda Di Bangsar Village II - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makana Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi tempat makan yang Mahamahu nak rekmen ini mempunyai susun atur dan keceriaan bila pertama kali menjejak kaki ke dalamnya. Rasa tenang dan rasa seperti satu taman riang kanak2. Marmalade Cafe itulah tempatnya yang Mahamahu maksudkan.



Terletak di tengah2 Bangsar yang cukup padat dan cukup ramai orang, kalau datang time kerja area Bangsar ni memang jem. Tapi Marmalade Cafe ini terletak di dalam pusat beli belah Bangsar Village II. Kata orang kat area Bangsar Village II ini adalah untuk tempat makan golongan VVIP sahaja, sebenarnya tidak kerana di cafe ini mampu untuk di nikmati semua golongan.


Jom Mahamahu perkenalkan kepada anda menu2 yang menarik ada di sini untuk anda dtg cuba. Pasti ada hidangan barat dan tempatan mengikut selera anda. Bagi pembuka selera anda kena cuba sup dan salad yang sihat dan antara sup yang menjadi pilihan iaitu Mushroom Soup. Manakala salad pula Mahamahu pilih Caesar Salad yang mengandungi lettuce, poached chicken cubes, Turkey Bacon, Anchovies, Parmesan dan croutons dimana di atasnya mengandungi telur dan juga light creamy.

Mushroom Soup

Caesar Salad

Menu utama yang menjadi pilihan ramai di sini adalah Beef Lasagna. Korang kena cuba kerana ia memang terbaik di sediakan bersama dengan Bechamel sauce. Kalau korang peminat Salmon korang boleh cuba Poached Salmon Rice dimana ia di hidangankan dengan nasi tomato dan juga sayur bayam. 

Beef Lasagna

Poached Salmon Rice

Lain pula kepada korang yang suka kambing mesti kena cuba kat sini kerana ada Braised Lamb Shank. Lamb Shank sini memang cukup besar dan memang kalau makan sorang pasti tak habis hehehehe. Tapi bagi yang nak menikmati hidangan tempat kat sini juga ada sediakan Nasi Ayam special ciptaan mereka. Selain tu juga ada Laksa dan Nasi Goreng yang telah di revolusi untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia.

Braised Lamb Shank

Nasi Ayam

Minuman pula mestilah kena minuman sihat kerana kat sini ada Smoothie dan juga jus buah-buahan. Bagi dessert kat sini Mahamahu cadangkan untuk nikmati Carrot Cake yang memang sedap. Rasa keenakan dan kemanisan dalam kek ini seimbang dan cukup menutup anda untuk menikmati semua hidangan sedap di Marmalade Cafe.

Smoothie

Carrot Cake

Bagi anda yang nak mencuba cafe ini Mahamahu rasa berbaloi dan cukup memberi kepuasan dalam setiap gigitan anda. Cafe ini di buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Selamat mencuba ok

Untuk maklumat lebih lanjut dan lokasi restoran ini boleh layari
http://www.findit.com.my/kuala-lumpur/marmalade-cafe-restaurants-603897