Kedah,

Lokasi Percutian Menarik Titi Hayun Daerah Yan Kedah

Isnin, Mac 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Lokasi Percutian Menarik Titi Hayun Daerah Yan Kedah - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Cuti Tahun Baru Cina yang lepas Mahamahu dan juga keluarga bercuti di dalam negeri tak jauh pun hanya di Kedah. Sebelum ni Mahamahu ada cite tempat menarik di Kedah antaranya Tanjung Dawai. Tapi kali ni Mahamahu pergi ke satu lagi daerah yang juga banyak tempat menarik untuk di lawati iaitu Yan Kedah.


Kebetulan kampung belah mak Mahamahu memang berada di daerah Yan Kedah. Bila dah ada kat sana tak sah kalau korang tak dtg ker satu kawasan rekriasi mandi manda semulajadi. Titi Hayun atau kalau org biasa panggil Jambatan Gantung. Kat sini adalah kawasan rekriasi mandi manda air terjun semulajadi dari Gunung Jerai.


Dulu Mahamahu pernah datang sekali kat sini tapi tu mungkin 20 tahun dahulu kot sebab tak berapa ingat. Tapi kini kawasan rekriasi ini dah banyak berubah dan telah lebih cantik dan selesa dengan adanya banyak kemudahan. Kat sini bukan sahaja ada tempat mandi manda tapi dah ada gerai2 makanan yang menyediakan hidangan tempatan.



Mahamahu sempat menghabiskan masa di sini bersama keluarga dengan melihat ramai rakyat Malaysia dan juga pelancong luar yang datang menikmati keindahan alam semulajadi. Kalau kat Titi Hayun ini juga korang boleh memanjat Gunung Jerai kerana di sini di sediakan track berjalanan kaki sehingga kepuncak yang di panggik Tangga Kenari. Tapi Mahamahu tak panjat lah kerana tak sediakan pakaian dan juga keperluan untuk memanjat. 


Di kawasan ini juga ada menyediakan chalet yang boleh didiami oleh pelancong2 yang ingin bermalam dan merasai kesunyian dan keindahan hutan simpan ini. Kawasan ini telah di wartakan sebagai hutan simpan kekal Gunung Jerai dan di kawasan ini juga segala aktiviti di pantau oleh kerajaan Negeri Kedah



Lepas ni kalau anda berada di kawasan Yan Kedah ini boleh bercuti di kawasan Peranginan Titi Hayun ini. Boleh mandi manda dan juga memanjat Gunung Jerai. Banyak lagi tempat bercuti yang menarik di Kedah ini Mahamahu nak share dengan anda. Jadi jangan lupa untuk terus bersama Mahamahu ok. Rupanya dalam negara kita masih banyak tempat menarik dan kawasan yang masih kita tidak habis jelajah lagi. So selamat bercuti dalam negara ok.









0 Pandangan: