La Bodega Di Pinggiran Sungai Melaka Makan Berkonsep Tapas

La Bodega Di Pinggiran Sungai Melaka Makan Berkonsep Tapas - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau anda nak cari lokasi bertemu rakan lama sambil sembang2 panjang dan juga bersantai La Bodega adalah lokasinya. Bukan sahaja simple tapi tempat agak santai dan rehat.


La Bodega ini ada banyak cawangan seluruh KL dan kini telah buka cawangan baru di Melaka. Teletak di pusat beli belah The Shore Sungai Melaka yang masih baru lagi. Ia adalah cawangan ke 7 La Bodega di Malaysia. Kat sini anda tak akan jumpa makanan yang berat2 kerana konsep seperti Tapas cukup menjadi keutamaan di sini.


Kalau kat sini hidangan Tapas menjadi pilihan paling senang dan paling banyak untuk anda dapatkan. Tak perlu makan banyak sekadar untuk mengisi mulut dan mengalas perut sambil bersembang dengan kawan lama lagi bermakna. Menggabungkan makanan daripada Sepanyol yang banyak menggunakan roti2 dan juga daging2 bakar dan kadang2 di hidang sejuk.






Konsep hidangan di sini adalah hanya dengan satu gigitan sahaja segala makanan ada dlm satu hidangan itu. Jadi makan anda tidak akan terlalu golojoh dan juga tergesa2 kerana segala makanan masih banyak untuk anda makan walaupun dalam kuantiti yang agak kecil. Tapas adalah konsep paling ringkas untuk berparti dan membuat majlis ringkas dan cepat.






Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 9.00pagi hingga 1.00pagi wow memang menawarkan keseronokan bagi org muda. Kalau bekeluarga tidak sesuai untuk datang sini. Walaupun ia adalah restoran yang menyediakan banyak minuman beralkohol jadi pandai2 anda untuk menikmati makanan yang sesuai untuk anda. Selamat menjamu selera...