Cabaran,

Ratusan Chef Muda Akan Berkumpul Untuk "Fonterra Pastry Challenge 2015"

Sabtu, Februari 14, 2015 Mahamahu 0 Comments

Ratusan Chef Muda Akan Berkumpul Untuk "Fonterra Pastry Challenge 2015" - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pernah berangan untuk jadi tukang masak profesional satu masa dulu. Sebab tu lah selalu menyertai pertandingan memasak tapi mungkin belum lagi masanya untuk menjadi chef profesional. Tapi sekarang banyk peluangkan untuk anak muda menjadi chef profesional. Setelah belajar bertahun2 dalam institut pengajian tinggi pastu boleh pula bertanding mendapat gelaran profesional.


Tu lah yg Mahamahu lihat peluang untuk mencungkil bakat anak2 muda dalam bidang kulinari semakin banyak, kita kena pandai merebut peluang tu. Oleh sebab itulah, Fonterra sebagai pembekal terbesar bahan-bahan tenusu di negara ini bertanggungjawab melahirkan lebih ramai profesional chef pastry di Malaysia. Melalui Fonterra Pastry Challenge 2015 bakal membuka mata banyak pihak tentang kehebatan chef2 di Malaysia.


Bertempat di Taylor University Lakeside Campus bermula 18 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 pertandingan ini akan berlangsung mengcungkil lagi bakat2 chef2 muda di Malaysia. Pada masa itu ramailah chef2 terkemuka seluruh Malaysia akan berkumpul untuk menunjukkan bakat2 memasak pastry dan kek. Dari beratus-raut penyertaan hanya 24 org chef akan terpilih untuk cabaran pada hari tersebut. 8 chef untuk pertandingan pastry dan 16 chef untuk kategori kek. Wow siapakah mereka dan hebatkan mereka. Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.


Linda Tan, Head of Fonterra foodservices berkata bahawa "Fonterra Pastry Challenge menyediakan landasan untuk chef Malaysia menzahirkan kreativiti dalaman mereka kepada umum". Cabaran yg menjanjikan hadiah bernilai RM18,000.00 bakal dinilai melalui juri2 chef profesional di Malaysia iaitu Chef Kenny Kong, Chef Jess dan Chef Karam


Sekali lagi anda semua di jemput untuk memeriahkan cabaran yg akan berlangsung pada 18 - 20 Mac 2015 ini. Mungkin sedikit sebanyak akan membuka minda dan juga kemahuan anda untuk mencaburi bidang kulinari pastry dan juga kek. Kadang2 kerjaya ini selalu di pandang serong oleh sesetengah masyarakat tapi ia adalah sesuatu peluang pekerjaan yg memberi ganjaran hebat sehingga peringkat antarabangsa. Sapa tahu anda bakal menjadi pewaris chef hebat seperti Chef Wan. Jom kita memasak hehehe...

FONTERRA PASTRY CHALLENGE 2015
Lokasi : Taylor University Lakeside Campus
Tarikh : 18 Mac - 20 Mac 2015










0 Pandangan: