Aeon Big Subang Jaya,

Kungfu Bake Rice Menu Fusion Yang Membuat Anda Terasa Nak Cuba Di Aeon Big Subang Jaya

Rabu, Februari 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Kungfu Bake Rice Menu Fusion Yang Membuat Anda Terasa Nak Cuba Di Aeon Big Subang Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila bab makan ni ada sesetengah kita begitu cerewet dari segi rasa dan juga gabungan hidangan tersebut. Seperti mana di Kungfu Bake Rice sedaya upaya memenuhi kehendak makan anda yg berbeza-beza mengikut org. Maksudnya di sini anda boleh customize menu korang sendiri seperti mana yg ada dalam list menu ni.


Kungfu Bake Rice kini telah mempunyai cawangan keduanya yg terletak di aras G, Aeon Big Subang Jaya. Ia adalah salah satu restoran di bawah milik Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd. Untunglah anda2 yg selalu dtg shopping di sini boleh terus keluar pintu utama Aeon Big Subang Jaya ini dan boleh terus singgah makan di sini.


Bebalik pula kepada menu yg boleh customize yg Mahamahu maksdukan tadi. Di Kungfu Bake Rice ini menu utama yg menjadi niche dish mereka adalah bake rice. Kat sini bake rice di sediakan dalam bekas memanggang nasi special dengan beberapa bahan utama yg anda boleh pilih sendiri. Bahan utama iaitu tiga jenis sos untuk melengkapkan bake rice seperti sos tomato, sos krim dan sos kari Jepun. Selain itu, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk melengkapkan bake rice seperti daging lembu, cendawan, potongan daging ayam, isi ikan dan lain-lain lagi, bersama dengan keju mozzarella untuk mengisi keinginan makan anda.

The Duo Master Bake Rice

Tu semua anda boleh pilih dan customize mengikut selera anda dan ia di hidang panas untuk mendapat kepuasan ketika makan. Mahamahu sempat mencuba dua jenis bake rice iaitu The Duo Master yg mengandungi ayam dan juga ikan, serta yg mengandungi sos Kari Jepun ini terbaik. Memang kena cuba kari Jepun mereka yg tidak ada kat tempat lain dan ia enak sgt.

Kungfu Burger

Selepas tu pula di sini menawarkan pilihan yang banyak terutama hidangan Asia seperti Kungfu Burger yang diperbuat daripada tendergrill paha ayam di saluti dengan sos Kung Pao. Bagi yg suka makan kari boleh cuba Jepun Black Pepper Chicken Curry yang pastinya boleh meningkatkan selera anda dengan sedikit rasa manis dan rempah-rempah. Satu lagi perkara mesti cuba adalah Sup Tom Yum yang asalnya datang dari resipi Thai yang cukup pedas menyengat hidangan ini boleh makan dengan nasi atau meehon.

Jepun Black Pepper Chicken Curry

Sup Tom Yum

Bagi melengkapi hidangan anda mesti kena cuba kentang lenyet yg lain daripada lain. Memang sedap dapat rasa kelembutan kentang yg di lenyet dan juga rempah ratus yg ada dalam tu memang menarik untuk order banyak2. Kemudian pula cuba Kungfu French Toast iaitu roti bakar yg ada inti peanut butter dan juga di saluti madu, rangup di luat dan enak di dalam.

Mashed Potato

Kungfu French Toast

Bagi minuman pula special di sini adalah minuman kopi iaitu Kungfu Stylo Coffee yg harus di cuba semua peminat kopi. Mahamahu rasa makan kat sini berbaloi sgt dan ia tidak mahal dan malah banyk pilihan. Kadang2 tunggu isteri shopping suami dan anak2 boleh makan dulu kat Kungfu Bake Rice ini tak rugi. Restoran ini beroperasi dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam setiap hari.


Jadi apa lagi anda boleh order dan tunggu hidangan siap dan makan bersama keluaraga selepas penat membeli belah. Satu lagu cawangan terletak di KLCC kat situ pun boleh shopping dan lepas tu makan. Mudah bukan, selamat menjamu selera Mahamahu ucapakan kepada semua ok.


KUNGFU BAKE RICE
Lot G-04 & G-13, Aeon Big Subang Jaya 
Laman web : www.paradisefnb.com.my 







0 Pandangan: