Kerana Popiah Masyarakat Bertelengkah

Kerana Popiah Masyarakat Melenting - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Terkejut juga bila baca banyak berita menulis tentang isu makanan popiah. Mula2 tak faham kenapa ada org marah pada Malaysia tetapi bila baca dari semua sumber baru faham kenapa mereka tuntut tentang makanan Popiah. Pelik dan rasa seperti tidak boleh befikir panjang apabila isu makanan sampai rakyat mereka buat protes.


Knp tak bantu sahaja rakyat mereka yg ramai tak makan. Yang ramai susah sampai dtg ke negara kita secara haram dan tinggal lebih masa. Knp mereka dtg sini kerana di sana susah cari makan katanya. Tapi mereka duk sibuk tuntun tentang makanan popiah. Tak faham bila nafsu mengatasi akal fikiran menda kecil pun nak cari pasal.


Apa pun telah ramai pihak yg bertanggungjawab telah bersuara mengatakan tentang tindakan pihak Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) yg buat bantahan terhadap isu popiah di depan kedutaan Malaysia di Indonesia. Termasuklah duta makanan Malaysia Dato Chef Wan sekali lagi telah bersuara di dalam laman Instagram beliau tentang isu ini.


Menurut kata Dato Chef Wan "Dah la kebanyakan mereka itu keluar negara sendiri pun tak pernah dan melihat popia atau Spring Roll need di serata dunia orang dan reka berzaman zaman lagi menguna pelbagai nama". Mungkin mereka telah kehabisan idea untuk menuntut dan mencari salah Malaysia maka timbullah tentang isu popiah ini.

Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga telah meminta pihak sana untuk tidak membesarkan isu ini kerana ia tiada faedah kepada kedua2 pihak. Malah kalau Indonesia membuat tuntutan popiah bagaimana pula dengan Malaysia, boleh buat tuntutan tentang Bahasa Indonesia yg berasal dari Malaysia. Jika isu tuntut menuntut ini terus di cuba di provokasikan oleh pihak sana maka tiada kesudahan dan makin mundur lah negara di Asia Tenggara ini.

Apa pun kita ini satu rumpun dan satu budaya di negara Asia Tenggara jadi tiada apa yg perlu di gaduhkan tentang isu makanan ini. Kita boleh saling kongsi berkongsi tentang semua perkara ini dan tidak perlulah nak tambah minyak dalam api yg membara. Kita kena saling tolak ansur kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2 ok. Jgn nak gaduh2 pasal isu makan buat malu dengan negara maju lain jer.