Hot Pot,

Terasa Seperti Di Korea Bila Makan Hot Pot Di Bulgogi Brothers

Isnin, Januari 26, 2015 Mahamahu 0 Comments

Terasa Seperti Di Korea Bila Makan Hot Pot Di Bulgogi Brothers - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kat Malaysia ni dah banyak hidangan Korea untuk kita cuba tak kisah daripada makanan fastfood sehinggalah kepada hidangan hot pot. Tapi kali ni makanan Korea ini lain dari lain kerana ia adalah Hot Pot yg sihat. Bulgogi Brothers di cawangan eCurve menyediakan hidangan Hot Pot menepati selera kita.


Mahamahu berkesempatan untuk makan kat sana bersama kawn2 blogger yg lain kerana maklumlah nak gi Korea memang tak lepas lah. Dpt makan makanan Korea pun kat sini dah rasa seperti berada di sana. Ini kerana suasana restoran dan juga semua perkakasan yg di bawa adalah daripada negara Korea. Konsep casual dining di restoran Bulgogi Brothers membuat kita seperti di layan sebagai bintang.


Bulgogi Brothers ini ada banyak sebenarnya cawangan di Malaysia ni, antarnya eCurve Mutiara Damansara, Paradigm Mall Kelana Jaya dan juga Mid Valley Megamall. Kalau korang nak cuba hidangan bercirikan Hot Pot di masak depan mata inilah tempatnya. Korang cuma perlu duduk dan order sahaja pelayan akan dtg untuk menyediakan dan memasak untuk anda. Mai kita tgk antara hidangan special yg ada di sini.



First biasalah kalau dtg akan di hidangkan dengan welcome dish, tapi kat sini mereka menyediakan ubi dan buah untuk anda. Ada buah Jagung dan juga ubi keledek bersama dengan kacang buncis. Manis tau kalau makan buah Jagung mereka ubi pun sedap. Lepas tu korang kena cuba 6 side dish mereka. Paling popular mestilah Kimchi mereka terbaik. Lepas tu ada kangkung jeruk, ada labu lenyek dan juga ada buah ubi putih. Semua ni memang korang kena cuba kerana ia adalah makanan popular di Korea dan makanan sihat mereka.



Ingat jgn makan banyak sgt welcome dish and side dish tu kerana nanti korang nak makan yg berat2 pula lepas ni. Tapi jgn risau makanan Korea ni sihat2 belaka. Yg penting Mahamahu nak rekmen beberapa hidangan ini untuk anda cuba bila dtg sini. Pertama ni adalah Beef And Mushrooms Hot Pot. Hidangan Hot Pot ini terdiri daripada sup air, pemilihan tender daging lembu dan barisan cendawan lazat. Menggabungkan dengan kek beras menyelerakan dan sayur-sayuran taman-segar yang memancarkan kecergasan musim bunga di Korea.

Beef And Mushrooms Hot Pot

Hidangan ini kalau makan dengan Korean Rice mereka memang kena. Korean Rice ni akan dtg dengan telur mentah jgn risau bukan anda kena makan telur tu. Anda akan masak telur tu di dalam kuah Hot Pot tadi. Adakah anda nak campur semasa masak atau masak kemudian bersama kuah sup tadi. Pilihan anda tapi mereka akan masakan untuk anda atau mereka akan ajar anda untuk memasak. 

Korean Rice


Hot Pot kedua pula yg Mahamahu nak korang cuba bagi yg suka ada rasa pedas2 sikit tapi masih mantap adalah Spicy Ham And Sausage Hot Pot. Makanan ini ada sejarahnya kata mereka ia di reka adalah untuk tentera askar Amerika yg bertuga di sana. Sebab tu dalam hidangan ini ada hot dog dan juga ham bersama kacang panggang. Hidangan ini terdiri daripada ham ayam dan sosej, ditambah pula dengan kek beras, beansprouts, cendawan dan sayur-sayuran yang pelbagai.

Spicy Ham And Sausage Hot Pot

Untuk set ini pula sesuai untuk di makan bersama dengan Ramyeon Noodles. Masak mcm tadi juga bila anda panaskan Hot Pot ni masukkan mee tapi jgn lama kerana tak nak terlalu kembang. Masak untuk dapat rasa daripada perencah yg nampak merah tapi sebenarnya tidak pedas pun. Hidangan ni kena makan panas2 baru rasa sedap.

Ramyeon Noodles


Hidangan Hot Pot terdiri daripada khusus makanan Korea yang paling terkenal apa lagi kalau bukan Kimchi. Beef and Kimchi Hot Pot bersama dengan daging dan sayur-sayuran, hidangan ini dimasak lebih masam sup kimchi yang akan memberi anda letupan perisa. Ini memang penuh dengan periasa Korea yg di sukai ramai. Bagi yg ini pula sesuai untuk makan dengan Udong Noodles. Masak sama jer mcm tadi di panaskan dan juga di masukkan mee udong tadi dan masak tak lama kejap jer. 

Beef and Kimchi Hot Pot

Udong Noodles


Kalau yg suka seafood pula boleh cuba hidangan terakhir ini memang akan rasa hidangan ini manis dengan rasa makanan lautnya. Dalam Spicy Seafood Hot Pot ini mengandungi kerang, ketam, udang, kupang dan sotong, dimasak di atas sup pedas, bersama-sama dengan pelbagai sayur-sayuran. Untuk yg seafood ini tak perlu di makan bersama nasi atau mee. Tapi makan begitu sahaja dah sedap dan menarik untuk anda cuba.

Spicy Seafood Hot Pot


So memang kenyang perut makan hidangan kat sini tak perlu risau kalau korang datang berdua atau berempat makanan dalam hidangan ini memang cukup. Kata mereka hidangan ni untuk dua org tapi kalau tgk mcm banyak harga pun berpatutan satu set hanya RM39.90++ sahaja. Korang akan rasa cepat lega bila minum bersama dengan Teh Jagung yg special hanya ada di sini saja. Korang yg suka artis Korea tak salah dtg cuba makanan Korea kat Bulgogi Brothers, Mahamahu rekmen pada yg nak makan kat sini. Selamat menjamu selera ok....







0 Pandangan: