Makanan,

Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Kini Dengan Menu Baru

Rabu, Januari 14, 2015 Mahamahu 0 Comments

Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Kini Dengan Menu Baru - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun baru 2015 telah pun lama menjelang dengan dengan penuh kegembiraan dah juga azam baru. Setiap tahun pasti akan ada pembaharuan dalam hidup baru ada kemajuan. Begitu juga dengan Pak John Steamboat & Yong Tau Foo yg kini telah membuat pembaharuan yg besar dalam menu2 yg ada.


Sebelum ini pun Mahamahu pernah makan kat sini semasa promosi untuk bulan Ramadhan lepas dan juga sambutan meraikan blogger. Korang boleh baca entry Mahamahu yg lepas di sini [klik sini], sehinggakan Mahamahu menerima tempat ketiga dalam Anugerah Blogger yg di anjurkan oleh Pak John Steamboat. Tapi bukan itu yg Mahamahu nak cite kat sini tapi nak tonjolkan kelainan yg di bawakan oleh Pak John Steamboat untuk terus menjadi penyedia makanan steamboat terbaik di Malaysia. 





Kali ni tahun 2015 Pak John Steamboat telah memperkenalkan beberapa menu baru sempena dengan tahun baru. Paling ketara Mahamahu dapat lihat adalah daripada hidangan grill yg ada di sini telah banyak pilihan. Kalau sebelum ini biasa rasa dengan grill beef black paper, chicken black paper dan yg lain2. Tapi kali ini Pak John Steamboat telah kembali dengan menu2 yg lebih dengan perasa yg lain daripada lain.




Paling unik sekali Mahamahu dpt rasa adalah Coffee Beef dan juga Coffee Chicken. Korang pernah rasa tak daging yg di perap dengan perasa kopi yg sesuai tidak terlalu pekat dan lekat. Mahamahu bila grill daging dan chicken ini memang dpt rasa keunikannya. Pada yg suka minuman coffee memang sesuai cuba ini. Selain tu juga ada Salmon yg menjadi kegemaran Mahamahu memang suka sangat daging salmon grill cuba lah sendiri ok.




Yg lagi baru di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo kali ini adalah setelah sekian lama memohon kini Pak John Steamboat & Yong Tau Foo telah memiliki sijil Halal daripada JAKIM. Ini yg di tunggu selama ini buat peminat steamboat dan juga makanan buffet mcm ni kini Pak John Steamboat telah mempunyai sijil Halal yg sah daripada JAKIM. So jgn ragu2 lagi untuk pergi makan kat sana ok Mahamahu pun dah pergi.


Bagi yg nak rasa happening dan meriah di Pak John Steamboat kini telah ada live show daripada penyanyi Youtube popular. Kalau korang kenal mereka memang dah biasa menyanyi dan ada lagu sendiri. Kalau dtg sini tak bosan boleh dgr org menyanyi lagi. Selain tu juga makanan panas lain kat sini juga makan banyak seperti Dum Sum, Pau, Kaya Ball, Burger ayam dan daging. Semua makanan panas ni kena order dulu di kaunter khas dan nanti di sediakan untuk anda. Banyak kan pilihan makanan kat sini puas sekali makan buffet steamboat kat sini.


Apa pun korang cuba makan dengan nikmati kelainan di Pak John Steamboat yg tak ada kat tempat buffet steamboat lain. Kalau ada kekurangn pasti ada kelebihan jadi jgn2 di compare kan kerana setaiap tempat ada kelainan dan keunikan tersendiri. Tapi kalau tak cuba tak akan tahu tak guna buat cerita. Mahamahu dan pergi makan jadi boleh lah bercerita kat sini. So pada yg nak cuba buffet stemboat di sini harga yg di tawarkan adalah RM46++ untuk dewasa (Isnin-Khamis) dan RM49++ (Jumaat-Ahad).