Coffee,

Konsep Vintaj Menghubungkan Paris Ke Malaysia Di MISS Coffee & Toast

Sabtu, Januari 31, 2015 Mahamahu 0 Comments

Konsep Vintaj Menghubungkan Paris Ke Malaysia Di MISS Coffee & Toast - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang rasa tempat yg pernah korang pergi untuk makan roti bakar berkonsepkan barat. Mahamahu suka kalau makan kat MISS Coffee & Toast ini untuk cuba sendiri roti bakar mereka. Kafe ini terletak di Puchong Financial Corporate Center, Bandar Puteri Puchong, Selangor.




Bila jejakkan kaki kedalam MISS Coffee & Toast ini anda akan rasa suasana santai dan boleh rehat sambil makan2 dan minum kopi. Keutamaan kafe ini adalah semestinya roti bakar yg lazat dan bercitarasa. Terdapat dua jenis toast yg harus di cuba bila anda dtg ke sini iaitu Miss Classic Honey Toast dan Banana Chocolate Toast. Kalau di mana bersama dengan kopi terbaik di sini Blended Cappucino dan White Chocolte.

Miss Classic Honey Toast 

Toast yang rangup tebal pada bahagian luar dan gebu dari dalam, penuh dengan ais krim dan disirami sirap madu. Setiap gigitan anda pasti dapat rasa rangup, manis dan krim. Bagi Banana Chocolate Toast pula roti rangup di saluti dengan coklat pekat dan juga hirisan pisang manis yg menjadi gabungan mantap untuk hidangan ini. Kena makan dengan semua element ini baru anda dpt rasa kenikmatannya. 

Banana Chocolate Toast

Bagi yg suka makanan agak sedikit berat anda boleh cuba Pasta yg ada di sini. Mahamahu rekmenkan untuk cuba adalah Smoked Salmon Carbonara. Spaghetti pasta di tumis dengan salmon salai, lompat, capsicum dalam sos Carbonara. Kemudian anda boleh cuba set Mini Toast, yg ini unik kerana hidangan di sediakan dalam bentuk yg lebih kecil. Terdapat 4 jenis Mini Toast yg anda boleh pilih untuk hidangan anda iaitu Mini Toast Baked Cheesy Chicken Ham on Toast With Mozzarella, Mini Toast Shredded Crab Meat with mixed Mayonnaise, Mini Toast Smoked Salmon with Capers, Black Olive and Lemon dan akhir sekali Mini Toast Smoked Duck with Hard-boiled Egg, Mesclun and Salad

Smoked Salmon Carbonara

Mini Toast

Last sekali boleh cuba Classic Waffle yang mengandungi vanila ais-krim, sirap maple, strawberry dan whipped cream di atasnya. Untuk melegakan tekak pula Mahamahu telah order Strawberry Banana Smoothie Yogurt yg segar dan sihat untuk anda. Puaslah makan kat sini kerana rasa relax tenang dan rasa tak perlu nak rushing untuk buat kerja. 

Classic Waffle

Strawberry Banana Smoothie Yogurt

Ada satu perkara yg unik bila anda dtg makan di kafe ini tak ada lagi di tempat2 lain. Di mana di sini apabila anda dtg dengan pasangan atau kawan anda dan membeli kunci cinta dengan harga RM30 dan mengunci cinta atau persahabatan anda di kafe ini selama setahun! Korang akan menerima sijil dan sijil ini akan digunakan untuk menuntut menu khas 'SPECIAL Honey Toast' dalam tempoh satu tahun kemudian dengan orang yang sama, tarikh sama dan tempat sama. Jadi nanti anda akan nampak satu tempat khas untuk anda kuncikan cinta atau persahabatan anda di kafe ini. 


Sungguh mudah dan senang jer untuk anda buktikan cinta dan persahabatan anda untuk setahun akan dtg dan boleh meraikannya. MISS Coffee & Toast ini kalau korang nak cari lokasi sekali lagi Mahamahu bagi tahu berada di tingkat ground floor bangunan Puchong Financial Corporate Center. Kafe ini bukan setiap hari dari pukul 8pagi hingga 10.00malam. Jadi apa tunggu lagi dtg lah sini cuba sendiri ok, selamat menjamu selera.

MISS COFFEE & TOAST
Tel : 019-389 3909 / 03-8066 3747