Biskut,

Julie's Hershey's Mempunyai 6 Variasi Baru Biskut Enak Di Malaysia

Jumaat, Januari 02, 2015 Mahamahu 0 Comments

Julie's Hershey's Mempunyai 6 Variasi Baru Biskut Enak Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu ada peminat biskut berperisa coklat di Malaysia. Kalau coklat jer mesti Mahamahu akan cuba kerana Mahamahu antu coklat. Tapi kali ini jenama coklat antarabangsa Hershey's telah memilih pengeluar biskut utama di Malaysia iaitu Julie's untuk berklaborasi. 


Baru2 ini majlis pelancaran dan pengenalan product baru gabungan Julie's dan Hershey's bersama media2 di Malaysia. Time tu semua media dapat menikmati dan merasai sendiri produk biskut Julie's Hershey's yg telah di hasilkan. Mahamahu ada org paling suka kerana kali pertama gabungan coklat popular dan biskut menghasilkan product baru yg lebih rasa dan lebih enak.



Pengarah Perfect Food Manufacturing Mr Martin Ang

Menurut Pengarah Perfect Food Manufacturing Mr Martin Ang gabungan ini adalah peluang paling besar dan bermakna buat product Julie's untuk di bawa ke peringkat lebih jauh. Biskut Julie's Hershey's kali ini menghasilkan 6 variasi produk yg berlainan dan membawa rasa tersendiri untuk memenuhi kehendak pecinta coklat dan biskut di selurug dunia. 



Katanya lagi produk biskut Julie's Hershey's ini telah menembusi 12 buah negara Asia termasuk lah Taiwan, Thailand, Indonesia, China dan banyak lagi. Malaysia paling untung kerana product Julie's Hershey's ini di hasilkan di kilang di Malaysia yg berada di Melaka dan bakal di bukan di Johor untuk memenuhi kehendak pasaran antarbangsa. 

6 variasi Julie's Hershey's 

Bagi Mahamahu 6 variasi Julie's Hershey's yg di perkenalkan ini kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri dari segi rasa dan garapan bahan2 utama dalamnya. Tapi ada yg paling Mahamahu suka antara 6 ini adalah Julie’s Hershey’s Chocolate Waffles dan juga Julie’s Hershey’s Chocolate Chip Hazelnut Cookies. Jom Mahamahu citekan setiap satu variasi apa yg ada dan menariknya ok.



Julie’s Hershey’s Chocolate Chip Hazelnut Cookies
- Hazelnuts boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menyediakan serat, kaya dengan folat dan vitamin E. 
- Coklat gelap adalah tinggi dalam mineral, dimuatkan dengan antioksidan, meningkatkan aliran darah, meningkatkan fungsi kognitif dan mood, meningkatkan penghidratan kulit. 
- Mengandungi lacto vegetarian.
- Bagi Mahamahu biskut ini memang cukup padan gabungan Hazelnut dan coklat memang serasi dan memberi rasa yg sepadan. 



Julie’s Hershey’s Chocolate Waffles
- Dibuat dengan serbuk koko premium Hershey ini memberikan rasa yang sangat menarik daripada coklat yang kaya dan berkrim asas aroma wafel.
- Khas dibakar memberikan tekstur rangup yang wajar. 
- Mengandungi lacto-ovo vegetarian.
- Mahamahu suka yg ini kerana ia lain dari lain dengan bentuk waffel dan juga nipis lebih rangup memang sesuai untuk minum petang dan sambil tonton tv.



Julie Hershey Chocolate Chip Cookies Oat 
- Oat kaya dengan serat pemakanan. 
- Coklat gelap adalah tinggi dalam mineral, dimuatkan dengan antioksidan, meningkatkan aliran darah, meningkatkan fungsi kognitif dan mood, meningkatkan penghidratan kulit.
- Mengandungi lacto vegetarian dan tanpa trans lemak.
- Bagi yg suka lebih rasa ringan ia sangat sesuai untuk ambil biskut ini.



Julie Hershey Chocolate Chip Cookies
- Biskut coklat rangup ditambah dengan serbuk koko dan coklat cip premium Hershey ini. 
- Coklat gelap adalah tinggi dalam mineral, dimuatkan dengan antioksidan, meningkatkan aliran darah, meningkatkan fungsi kognitif dan mood, meningkatkan penghidratan kulit.
- Mengandungi lacto vegetarian.
- Ini pula boleh rasa coklat dan di tambah dengan coklat chip pekat memang sedap dan rangup.


Julie’s Hershey’s Chocolate Fudge Cookies 
- Dibuat dengan serbuk koko premium Hershey ini memberikan rasa yang sangat menarik daripada coklat kaya. 
- Biskut shell mempunyai kegaringan wajar dengan krim yang cair di dalam mulut anda apabila dimakan. 
- Mengandungi lacto vegetarian dan tanpa trans lemak.
- Bagi yg suka biskut di apit di tengah dengan coklat cair di mult ia sangat sesuai korang boleh rasa kepekatan coklat di tengah2nya.

Julie’s Hershey’s Chocolate Fudge Vanilla Flavored
- Rasa hebat dengan kombinasi manis vanila krim berperisa tersepit dalam biskut coklat Shell terutamanya dibakar untuk coklat dan vanila. 
- Mengandungi lacto vegetarian dan tanpa trans lemak.
- Bagi yg suka akan rasa vanila di tengah2 yg di apit dengan biskut coklat ia adalah padanan yg sesuai.

Kat mana nak dapatkan Julie's Hershey's ini

Korang dah tgk kan semua jenis variasi bsikut Julie's Hershey's ini mesti ada yg suka dan terliur hehehe. Kat mana lak nak dpatkan biskut baru ini. Kalau kat Malaysia ini kita beruntung kerana biskut Julie's Hershey's ini boleh di dapatkan dengan mudah dan harga yg berpatutan. Kalau satu kotak ini mcm dalam pic tu harga hanya RM7.90 sahaja. 



Tempat2 yg ada jual produk biskut Julie's Hershey's ini seperti AEON, Tesco, Gaint, Maydin, Cold Storage, Jaya Grocer, The Store, Econsave, Billion, UO, Sogo dan banyak lagi. Jadi mudah untuk mencari produk ini kat merata2 tempat. Jadi lepas ni korang boleh dpatkan semua variasi nak try rasa kelainan yg di buat dalam gabungan biskut Julie's Hershey's. Selamat mencuba dan menjamu biskut enak ini ok....







0 Pandangan: