Apple,

Jangan Makan Epal Gala Dan Granny Smith

Ahad, Januari 18, 2015 Mahamahu 0 Comments


Jangan Makan Epal Gala Dan Granny Smith - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamah dan juga rakan2 sekalian. Kerajaan Malaysia baru2 ini telah menyekat import dua jenis buah epal Gala dan Granny Smith keluaran Amerika Syarikat. Arahan ini telah di keluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani selepas mendapat laporan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat.

Gambar dari Harian Metro

Menurut laporan tersebut dua jenis buat epal ini di cemari oleh bakteria Listeriosis. Bakteria ini mampu memberi kesan kepada pemakannya iaitu seperti demam kuat, sakit kepala teruk dan juga kekejangan pada leher dan loya (nausea). Jadi kepada mana2 rakyat Malaysia yg telah memakan buah epal jenis ini atau mengalami tanda2 seperti itu hendaklah segera berhubung dengan hospital berhampiran.

Kementerian kesihatan juga telah mengadakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimport epal jenis Gala dan Granny Smith keluaran syarikat Bidart Brothers Amerika Syarikat. Bagi mereka yg minat makan buah epal berhati-hati memilih buah epal dan pastikan bukan jenama Gala atau Granny Smith. Epal ini juga diguna dalam pengeluaran 'caramel apple' yang dikesan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA). 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengajukannya kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM ww.facebook.com/bkkmhq. Lindungi keluarga anda dari sebarang kemungkinan ini. Jaga kesihatan diri dan kesihatan makanan anda.