Alcatel Onetouch,

Alcatel Onetouch Flash Menjangkaui Keindahan Dunia Selfie Anda

Selasa, Januari 20, 2015 Mahamahu 0 Comments

Alcatel Onetouch Flash Menjangkaui Keindahan Dunia Selfie Anda - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bertahun-tahun dulu kita pernah dgr telepon Alcatel Onetouch ini. Kini telephone tu telah kembali dengan generasi baru yg lebih canggih dan lebih terbaik sehinggakan di nobatkan sebagai 10 telephone pintar terbaik dunia 2013 sebaris dengan jenama2 hebat lain seperti Samsung, Lenovo dan banyak lagi. 


Rupanya telephone ini juga menjadi antara telefon harga yang berpatutan dengan ciri-ciri yang kuat. Sebab itu lah telephone ini menembusi jualan pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat dengan telefon bimbit yang berkualiti tinggi. Sapa tahu dulu nama tidak segah mana tapi kini melalui revolusi terbaru ia mampu menyangi telephone pintar lain.


Sebenarnya Mahamahu nak bagitahu anda Alcatel Onetouch Flash ini telah pun di lancarkan di Malaysia pada awal Disember baru2 ini. Untung buat kita rakyat Malaysia yg memang menggemari telephone untuk mengambil gambar terutama selfie. Jadi telephone baru keluaran Alcatel Onetouch ini mampu memberikan kita kepuasan dalam bergambar dengan 5Mp HD kamera depan dan juga 13Mp Full HD kamera di belakang.


Wow kalah kamera yg sedia ada sekarang ini memang cukup cantik dan puas kalau anda nak berselfie sendiri atau nak ambil gambar makanan mcm Mahamahu ni. Suka upload gambar makana setiap kali menikmati makanan sedap2, baru rasa puas kongsi gambar cantik dengan kawan2 semua. Yg lagi specialnya kamera depan ini ada fungsi mencantikkan gambar tanpa perlu applikasi tambahan cukup guna fungsi kamera untuk mendapatkan gambar terbaik dan tercantik. 

Ciri2 lain yg terdapat pada telephon Alcatel Onetouch :-
-    5.5 inches HD screen
-    1.4Ghz Octa-core processor
-    Bateri 3200 mAh
-    Internal memory 8GB ROM / 1GB RAM
-    Andriod 4.4 KitKat
-    Saiz/Berat 152.1x76.2x8.1mm / 150gram

Tgk sahaja pada kuasa processor dan juga bateri tu memang sesuai untuk mereka yg kaki game untuk main game dengan kelajuan terbaik serta paparan video lebih menarik. Bateri pula tahan lebih lama tanpa perlu kita bergantung kepada power bank. Tu dah jadi mcm keperluan pulak untuk phone sekarang bergantung dengan power bank tapi dengan Alcatel Onetouch Flash tahan lebih lama. 


Bagi merancakkan lagi promosi dan juga kehadiran telephone Alcatel Onetouch Flash ini di Malaysia, mereka juga telah mengajurkan kempen #BEaFlasher untuk penggemar selfies di Malaysia. Bagi anda yg berminat nak sertai boleh layari kempen #BeaFlasher di laman Instagram dan FB mereka. Mahamahu sendiri telah expresikan kempen #BeaFlasher dengan menghantar gambar seperti kat bawah di laman instagram Mahamahu


Kepada peminat2 telephone pintar Alcatel Onetouch Flasher anda boleh saksikan keunikan telephon ini lebih animasi dalam video yg di sediakan ini http://youtu.be/neiQ2FzQO48. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan phone ini melalui laman sesawang mereka di www.alcatelonetouchflash.com/my. Pelbagai ciri2 menarik dan teknologi yg di gunakan dalam telephone ini anda boleh ketahui melalui laman sesawang ini. Jadi tak rugi untuk miliki satu telephone pintar daripada Alcatel Onetouch. Selamat menikmati dunia kecanggihan telephone pintar.